Lebih 500 pelanggaran digital dibuat Israel sepanjang November

GAZA – Sada Social melaporkan lebih daripada 500 pelanggaran digital seperti menyekat kebebasan bersuara dan menyampaikan maklumat kepada dunia luar, telah dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin pada bulan November.

Organisasi itu mendedahkan penindasan digital yang meluas merentas pelbagai platform menerusi laporan bulanannya, lapor Anadolu.

Platform meta menyumbang 57 peratus daripada pelanggaran, diikuti oleh TikTok pada 23 peratus, YouTube pada 13 peratus dan X pada 7 peratus.

Selain itu, 30 akaun WhatsApp milik rakyat Palestin telah dialih keluar, termasuk dua kumpulan berita.

“Tindakan itu telah menghalalkan dasar digital yang menindas suara Palestin dan mengehadkan capaian mereka kepada khalayak,” kata organisasi itu.

Tambah persatuan itu, ‘pemadaman digital’ berterusan berterusan di utara Gaza menjadi penghalang kepada keupayaan penduduk untuk berkomunikasi lebih-lebih lagi dengan dunia luar.

Gangguan internet menghalang keupayaan penduduk tempatan untuk melaporkan peristiwa yang sedang berlaku dan keadaan kemanusiaan, tambahnya.

Sada Social menyeru platform digital untuk menangani kandungan yang menghasut dan menggesa pihak berkepentingan untuk melaksanakan langkah untuk membendung dasar yang memburukkan krisis kemanusiaan dan politik.

Israel telah melancarkan perang genosid di Semenanjung Gaza berikutan serangan rentas sempadan oleh kumpulan Palestin Hamas pada Oktober tahun lalu, membunuh lebih 44,400 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan mencederakan lebih 105,000.

Related Posts

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau akan melanjutkan gencatan senjata dengan Iran tanpa had, beberapa jam sebelum ia dijadual tamat. Katanya, ia bagi membolehkan kedua-dua negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

GAZA dianggarkan memerlukan dana sebanyak AS$71.4 bilion (RM312.5 bilion) bagi tempoh 10 tahun akan datang untuk tujuan pemulihan dan pembangunan semula pascakonflik yang berlarutan selama 24 bulan. Dapatan itu terkandung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti