Dr Hussam Abu Safiya dipercayai ditahan di penjara Israel

GAZA – Satu-satunya doktor di utara Gaza, Dr Hussam Abu Safiya yang ditahan oleh rejim Israel pada Jumaat dipercayai telah dibawa ke penjara Israel dan hospitalnya ditutup, menurut keluarganya.

Dr Hussam Abu Safiya, pengarah Hospital Kamal Adwan di kem pelarian Jabaliya, Gaza, pada awalnya dibawa ke kem tahanan Sde Teiman, menurut anak lelakinya yang dimaklumkan bahawa kaki doktor tersebut cedera teruk semasa serbuan ke atas hospital oleh tentera Israel.

“Kami sangat risau, kami tidak dapat tidur selama tiga hari kerana tidak tahu di mana dia berada sehinggalah hari ini,” kata anaknya, Idrees Abu Safiya.

Dr Munir al-Boursh, pengarah kementerian kesihatan Palestin di Gaza, berkata bahawa menurut beberapa saksi, Abu Safiya dilihat dalam tahanan di penjara tersebut dengan beberapa kecederaan.

Abu Safiya telah memastikan hospital terus beroperasi sepanjang lebih daripada 80 hari kepungan dan serangan oleh tentera Israel dalam operasi ketenteraan intensif di kem pelarian sekitar.

Eid Sabbah, ketua jururawat Hospital Kamal Adwan berkata, ramai kakitangan perubatan telah ditahan dan pada awalnya dibawa ke lokasi berbeza, termasuk sebuah dewan perkahwinan berdekatan dan sebuah sekolah, tetapi lokasi mereka kini tidak diketahui.

Israel tidak menyatakan di mana Abu Safiya atau kakitangan perubatan lain yang hilang itu ditahan tetapi mendakwa hospital tersebut digunakan oleh Hamas dan Jihad Islam.

Jurucakap tentera Israel, Avichay Adraee, mendakwa 240 pejuang telah ditangkap dalam serbuan tersebut, sambil menunjukkan gambar di platform X yang memaparkan kumpulan lelaki yang diikat dan ditutup mata.

Sebelum ini, Pejabat media kerajaan Gaza menyeru masyarakat antarabangsa untuk mendedahkan nasib Dr. Hussam Abu Safiya, pengarah Hospital Kamal Adwan, serta pasukan perubatan yang ditahan oleh tentera Israel semasa serbuan lewat minggu lalu di fasiliti perubatan tersebut.

“Penjajahan ini membahayakan nyawa Abu Safiya dan pasukan perubatan selepas penahanan mereka. Kami menuntut masyarakat antarabangsa, organisasi hak asasi manusia dan kemanusiaan, serta Palang Merah Antarabangsa supaya segera campur tangan untuk mendedahkan nasib Dr. Hussam Abu Safia dan pasukan perubatan.

“Dan memastikan pembebasan mereka tanpa sebarang kelewatan, serta menyediakan perlindungan yang diperlukan untuk semua tahanan lain yang terdedah kepada amalan tidak berperikemanusiaan, terutamanya pasukan perubatan dan perkhidmatan awam,” kata kenyataan tersebut.

Abu Safiya menunjukkan dedikasi luar biasa dalam melaksanakan tugas perubatan dan kemanusiaannya semasa perang genosida di utara Gaza, walaupun dalam keadaan yang amat mencabar.

Abu Safiya bersama rakan-rakannya dalam sistem penjagaan kesihatan memikul tanggungjawab mempertahankan hak pesakit untuk mendapatkan rawatan namun tetap tabah walaupun mengalami kecederaan sendiri dan kehilangan anaknya, Ibrahim, yang turut menjadi saksi kepada pengorbanan keluarganya.

Pejabat itu turut menekankan bahawa laporan mengenai Abu Safiya yang dikenakan pelanggaran berat serta tekanan psikologi dan fizikal selepas penahanannya, termasuk dipaksa menanggalkan pakaian perubatannya dan dijadikan perisai manusia, merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap semua nilai kemanusiaan dan konvensyen antarabangsa.

“Tindakan segera dan serius daripada semua pihak berkaitan, terutamanya masyarakat antarabangsa serta organisasi kemanusiaan, undang-undang, dan hak asasi manusia di seluruh dunia,” katanya.

Pada Jumaat, tentera Israel menyerbu Hospital Kamal Adwan yang terletak di bandar utara Beit Lahia, membakar sebahagian besar fasiliti tersebut dan memaksa pesakit serta orang awam yang terlantar melarikan diri.

Related Posts

China bantah peluasan penempatan Israel di Tebing Barat
  • SitiSiti
  • February 13, 2026

CHINA pada Khamis menegaskan bantahan terhadap peluasan penempatan haram baharu oleh Israel serta peraturan baharu yang dilihat memperkukuh kawalan negara itu ke atas wilayah pendudukan Tebing Barat. Jurucakap Kementerian Luar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelanggaran gencatan senjata berterusan, keselamatan orang awam terancam
  • SitiSiti
  • February 11, 2026

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa melaporkan serangan udara, bedilan dan tembakan Israel terus berlaku di seluruh Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lalu, sekali gus meningkatkan risiko terhadap keselamatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026