Lebih 100 lokasi di Greece bergema laungan ‘Bebaskan Palestin’

PULUHAN ribu rakyat Greece turun ke jalan raya di seluruh negara semalam bagi membantah kekejaman rejim Zionis terhadap penduduk Palestin di Gaza.

Protes besar-besaran itu dianjurkan susulan seruan bersama oleh cawangan Greece gerakan Boikot, Pemulauan dan Sekatan (BDS), inisiatif Perarakan Global ke Gaza, serta komuniti Palestin di negara berkenaan, lapor Anadolu.

Lebih 100 lokasi menjadi tumpuan perhimpunan termasuk ibu kota Athens, bandar pelabuhan Piraeus, Patra, Thessaloniki, selain pulau peranginan popular seperti Mykonos, Santorini, Amorgos, Chios, Tinos dan Syros.

Peserta membawa bendera Palestin serta sepanduk mengutuk perang genosid Israel dan menzahirkan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin. Antara slogan yang dilaungkan ialah “Kemenangan kepada perjuangan,” “Bebaskan Palestin” dan “Hentikan genosid di Palestin.”

Israel kini berdepan kecaman global susulan serangan berdarah di Gaza yang mengorbankan lebih 61,400 penduduk sejak Oktober 2023. Kempen ketenteraan itu turut memusnahkan infrastruktur penting dan menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan selama berbulan-bulan, menyebabkan wilayah berkenaan di ambang kebuluran.

Pada November lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant, atas tuduhan jenayah perang serta jenayah terhadap kemanusiaan.

Israel turut berdepan kes di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas tuduhan melakukan genosid terhadap penduduk Gaza.

Related Posts

ASEAN kekal utuh hadapi cabaran global

CEBU – ASEAN terus menunjukkan keteguhan dalam menghadapi pelbagai cabaran global apabila krisis dan ketidaktentuan semasa tidak melemahkan blok serantau itu, sebaliknya mempererat kerjasama antara negara anggota. Presiden Filipina, Ferdinand…

Lebih lanjut

teruskan membaca
China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

BEIJING – China menegaskan tidak akan mematuhi sekatan dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap lima syarikatnya yang didakwa membeli minyak dari Iran. Kementerian Perdagangan China dalam kenyataan hari ini, berkata tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang