Lawatan ke Israel dikecam, tidak wakili umat Islam Eropah – Majlis Imam Eropah

MJALIS Imam Eropah (ECI) dengan tegas mengecam lawatan sekumpulan individu yang digelar sebagai ‘imam palsu’ ke Israel baru-baru ini, menyifatkannya sebagai satu bentuk pengkhianatan terhadap prinsip asas Islam dan solidariti terhadap rakyat Palestin.

Dalam satu kenyataan rasmi semalam, majlis tersebut menyatakan bahawa delegasi itu telah bertemu dengan tokoh-tokoh ‘penjenayah’ dalam kerajaan penjajah Israel ketika dunia sedang mengecam keras serangan ketenteraan berterusan ke atas Semenanjung Gaza, lapor Anadolu.

“Kami terkejut dengan laporan media berhubung lawatan imam palsu ke negara penjajah Israel serta pertemuan mereka dengan pemimpinnya yang terlibat dalam jenayah kemanusiaan,” kata kenyataan itu.

Majlis itu turut menegaskan bahawa individu yang terlibat tidak dikenali dalam kalangan masyarakat Islam di Eropah dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan institusi agama yang sah atau badan Islam yang dipercayai.

Menurut majlis berkenaan, lawatan tersebut jelas bersifat provokatif dan berpaksikan agenda yang meragukan, serta sama sekali tidak mencerminkan pendirian umat Islam Eropah yang secara konsisten menunjukkan solidariti terhadap Palestin menerusi protes dan perhimpunan di seluruh benua.

“Protes yang berterusan serta himpunan harian di pelbagai bandar di Eropah adalah bukti jelas terhadap pendirian kukuh ini,” tegas kenyataan itu.

Majlis turut menggesa para imam, ilmuan, aktivis dan mereka yang berjiwa nurani agar terus menggandakan usaha dalam menyokong rakyat Palestin yang tertindas serta menentang perang genosid dan pembersihan etnik di Gaza.

Majlis itu turut memberi amaran terhadap sebarang usaha untuk membersihkan imej penjajah yang disifatkan sebagai pengkhianatan terhadap Allah, Rasul-Nya dan darah mereka yang dizalimi.

Ia juga menolak sebarang percubaan untuk memesongkan kesedaran umat dan meruntuhkan asas nilai murni menerusi individu yang dibayar atau disesatkan.

Kenyataan itu diakhiri dengan doa untuk kekuatan dan kemenangan rakyat Palestin: “Kami memohon kepada Allah Yang Maha Tinggi agar menguatkan hati saudara-saudara kita di Palestin, memberikan kemenangan kepada rakyat Gaza dalam menghadapi kezaliman, serta mengembalikan mereka ke tanah air dan kehidupan yang aman serta bermaruah.”

Sementara itu, Al-Azhar al-Sharif, institusi tertinggi pembelajaran Islam di Mesir, turut mengecam lawatan tersebut yang dianggap dilakukan oleh individu yang telah dibutakan mata hati dan hilang perasaan terhadap penderitaan rakyat Palestin.

“Golongan upahan ini yang mengabaikan nilai moral dan agama, lazimnya akan dicatat dalam lembaran sejarah paling gelap,” tegas Al-Azhar dalam satu kenyataan berasingan.

Menurut kenyataan itu lagi, kumpulan terbabit tidak mewakili Islam, umat Islam mahupun mesej yang dibawa oleh ulama dan pendakwah yang selama ini teguh membela golongan yang tertindas.

Mufti Besar Mesir, Nazir Ayyad, turut mengkritik keras tindakan para agamawan tersebut yang didakwa mempromosikan keamanan palsu dan dialog yang berlumuran darah orang tidak berdosa.

“Apakah jenis dialog yang dijalankan di meja penjajah? Dan apakah bentuk kewujudan bersama yang dibina atas jasad-jasad mereka yang ditindas?” soal beliau dengan penuh kesal.

Related Posts

Rakyat Malaysia perlu berhenti berbalah isu bahasa

BENTONG – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghentikan pertelingkahan berpanjangan antara kaum berhubung isu bahasa, sebaliknya kembali memberi tumpuan kepada usaha membina masa depan anak-anak negara lebih berdaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas Panglima Tentera Darat tak mengaku terima rasuah lebih RM2.12 juta

Kuala Lumpur: Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan yang berdepan empat pertuduhan rasuah berjumlah lebih RM2.12 juta, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan rosak di Sepanggar diberi perhatian serius – Mustapha

Jalan rosak di Sepanggar diberi perhatian serius – Mustapha

59 ADUN Perak termasuk pembangkang terima peruntukan sama rata RM10,000 sebulan

59 ADUN Perak termasuk pembangkang terima peruntukan sama rata RM10,000 sebulan

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

  • By Ynom
  • January 22, 2026
SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

  • By Fandi
  • January 22, 2026
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028