AMK Batu Sapi santuni 30 asnaf Kampung Teck King Long

SANDAKAN – Seramai 30 golongan asnaf di Kampung Teck King Long menerima bantuan berupa bakul makanan asas menerusi Program Menyantuni Golongan Asnaf anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) Batu Sapi, di sini, pada Khamis.

Ketua AMK Batu Sapi, Mohammad Fazly Awang Massali berkata, pendekatan menyantuni penerima secara langsung mampu memberi ruang interaksi lebih dekat dengan keluarga asnaf serta meningkatkan kefahaman dan kesedaran terhadap realiti kehidupan golongan memerlukan.

“Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima, malah turut memberi kesan positif kepada anggota AMK yang terlibat khususnya dalam menanam nilai empati dan tanggungjawab sosial dalam diri mereka.

“Bantuan disampaikan dalam bentuk bakul makanan yang mengandungi barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula, tepung, makanan dalam tin dan barangan dapur lain.

“Sumbangan tersebut telah diagihkan secara langsung kepada penerima melalui lawatan rumah ke rumah,” katanya kepada Wartawan The Malaysia Press.

Menurut Fazly, para penerima bantuan menzahirkan rasa syukur dan penghargaan atas keprihatinan yang ditunjukkan pihak penganjur terhadap keadaan mereka.

“Objektif utama program ini adalah untuk membantu golongan kurang berkemampuan, merapatkan hubungan antara penganjur dan masyarakat setempat serta memupuk semangat kasih sayang dan prihatin dalam kalangan warga AMK,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Fazly menyasarkan pihaknya akan meneruskan inisiatif ini sebagai usaha memperkukuh perpaduan dan semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk khususnya di kawasan Batu Sapi.

Related Posts

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

KUANTAN – Pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut bukan hanya mengancam nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah, malah memberi bebanan ekonomi kepada waris mangsa. Tindakan memandu dalam keadaan mabuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

RANAU – Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Timbua sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang menimpa penduduk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda