Langkawi makin suram, kerajaan Kedah terus lesu

PULAU legenda Langkawi yang pernah menjadi kebanggaan negara kini semakin hilang seri. Berdasarkan data rasmi Persatuan Pelancongan Langkawi, kehadiran pelancong merosot antara 30 hingga 39 peratus berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Angka ini bukan kecil, malah memberi isyarat jelas bahawa pulau ini sedang tenat.

Lebih memalukan, sepanjang musim cuti baru-baru ini sahaja, lebih RM130 juta duit rakyat Malaysia mengalir ke Thailand.

Sementara jiran tetangga berjaya menarik pengunjung dengan pakej mesra poket, Langkawi pula sibuk berbangga dengan sejarah lama tetapi gagal menawarkan daya tarikan baharu.

Antara rungutan paling kuat kedengaran ialah harga hotel yang melambung serta kos makanan laut yang tidak masuk akal.

Walhal Langkawi dikelilingi laut, tetapi harga makanannya lebih mahal daripada negara jiran.

Apa gunanya status pulau bebas cukai jika barangan pun lebih mahal daripada kedai runcit di tanah besar?

Hakikatnya, konsep ‘bebas cukai’ Langkawi sudah basi. Apa yang dulu menjadi daya tarikan, kini sekadar tinggal nama.

Pelancong sudah tidak lagi melihat Langkawi sebagai destinasi mampu milik, sebaliknya memilih ke luar negara yang menawarkan harga lebih rendah dengan kualiti lebih baik.

Pada waktu malam pula, Langkawi seperti pulau mati. Tiada pasar malam yang boleh menggamit pelancong, tiada aktiviti budaya yang hidup, malah hiburan yang ada pun sangat terhad.

Bagaimana mahu menarik pelancong jika malamnya sunyi sepi? Bandingkan dengan Thailand yang penuh warna-warni, jelas Langkawi ketinggalan jauh.

Di sinilah gagalnya kerajaan Kedah. Mereka bijak berpidato di atas pentas, melaungkan janji pembangunan dan projek besar, tetapi realitinya Langkawi terus lembap tanpa pembaharuan.

Tidak ada produk pelancongan baharu, tidak ada kreativiti, dan tidak ada usaha serius untuk mengembalikan kegemilangan pulau ini.

Rakyat dan penggiat industri pelancongan sudah lama memberi isyarat.

Namun Kerajaan Negeri nampaknya lebih sibuk dengan politik pentas daripada turun padang menyelesaikan isu sebenar. Langkawi perlukan tindakan, bukan lagi slogan.

Jika keadaan ini berterusan, Langkawi tidak ubah seperti pulau gajah putih – indah disebut, hambar dikunjungi. Ia akan kekal sebagai destinasi yang hanya gah pada nama, tetapi kosong dari segi isi.

Pelancong akan terus berpaling, dan ekonomi tempatan yang bergantung kepada industri pelancongan akan semakin terhimpit.

Kerajaan Kedah tidak boleh terus berpeluk tubuh. Jika benar mahu melihat Langkawi kembali bernyawa, mereka perlu berfikir di luar kotak.

Pelancongan bukan sekadar bergantung kepada sejarah Mahsuri atau pantai semata-mata, tetapi kepada kreativiti mencipta pengalaman baharu yang mampu menyaingi negara jiran.

Cukuplah dengan retorik. Langkawi bukan medan percubaan untuk pemimpin berpidato. Pulau ini perlukan kerja nyata, bukan janji manis.

Selagi kerajaan Kedah gagal bangkit daripada tidur panjang, Langkawi akan terus kehilangan daya tarikan dan rakyat akan terus menyaksikan pulau legenda ini berubah menjadi legenda yang dilupakan.

Related Posts

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

KENYATAAN terbaharu seorang Adun Pas tentang usaha kerajaan negeri dalam mencapai kadar sifar miskin tegar di Kedah menjadi bahan sindiran. Ia susulan pendirian berbeza oleh wakil rakyat parti itu sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil