Landasan ditakungi banjir, laluan LRT Kelana Jaya tergendala

HUJAN lebat pada pagi tadi telah menjejaskan operasi Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya selepas landasan stesen Sri Rampai ke Wangsa Maju ditakungi banjir.

Bagaimanapun, Rapid KL menerusi hantaran di Facebook menegaskan, perkhidmatan tren alternatif diaktifkan berikutan air bertakung di landasan Sri Rampai hingga Wangsa Maju.

“Tren dari Putra Height akan berpatah balik di Sri Rampai dan tren perantara disediakan antara Taman Melati ke Gombak.

“Tiada perkhidmatan tren antara Sri Rampai ke Taman Melati. Bas perantara akan disediakan tetapi dijangkakan kelewatan ekoran banjir kilat,” katanya, hari ini.

Sehubungan itu, Rapid KL menyarankan penumpang dari Sri Rampai ke Taman Melati menggunakan mod pengangkutan alternatif lain serta dapatkan bantuan Pegawai Stesen dan polis bantuan jika perlu.

“Kekerapan bas perantara adalah setiap 30 minit bergantung kepada keadaan trafik semasa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, bas Rapid KL tidak akan melalui Jalan Persiaran Meranti disebabkan pokok tumbang dan akan dilencongkan ke Jalan Persiaran Perdana dan kembali semula ke laluan asal.

“Antara hentian bas yang tak dapat dilalui ialah Apartmen Paradisa Tropika, Meranti 13 Residence, SD Apartmen 2 dan Pangsapuri Sri Meranti,” katanya.

Pada Selasa, beberapa kawasan pusat bandar dilanda banjir kilat susulan hujan lebat.

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat diramal berlaku antara jam 9 hingga 11 pagi, Selasa di beberapa kawasan.

Antaranya, Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor (Sabak Bernam, Kuala Langat dan Sepang).

Terowong Lebuh Raya Smart turut ditutup sepenuhnya kepada pengguna, bagi persediaan operasi banjir, susulan hujan lebat di bandar raya ini sejak awal pagi tadi.

Related Posts

Rakyat Malaysia perlu berhenti berbalah isu bahasa

BENTONG – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghentikan pertelingkahan berpanjangan antara kaum berhubung isu bahasa, sebaliknya kembali memberi tumpuan kepada usaha membina masa depan anak-anak negara lebih berdaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas Panglima Tentera Darat tak mengaku terima rasuah lebih RM2.12 juta

Kuala Lumpur: Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan yang berdepan empat pertuduhan rasuah berjumlah lebih RM2.12 juta, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

59 ADUN Perak termasuk pembangkang terima peruntukan sama rata RM10,000 sebulan

59 ADUN Perak termasuk pembangkang terima peruntukan sama rata RM10,000 sebulan

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

  • By Ynom
  • January 22, 2026
SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

  • By Fandi
  • January 22, 2026
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

  • By Ithma
  • January 22, 2026
SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti