Belanjawan 2025: Ada asas laksana cukai baharu namun ‘kecualikan’ PMKS

PUTRAJAYA – Kerajaan diharapkan untuk tidak memperkenalkan cukai-cukai baharu dan tambahan menerusi Belanjawan 2025 yang dilihat mampu mengurangkan daya saing perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Malaysia.

Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta), Datuk William Ng berkata, kebanyakan PMKS ketika ini terus menghadapi keuntungan terhad disebabkan peralihan digital, kekurangan tenaga kerja dan peningkatan kos pematuhan, walaupun ekonomi negara semakin kukuh.

Menurutnya, tumpuan harus diberikan untuk membantu PMKS menambah baik operasi, mengurus kos mereka, selain memanfaatkan pelbagai peluang daripada peralihan tenaga, perubahan iklim, populasi yang menua, kecerdasan buatan dan perubahan susunan ekonomi global.

“Sementa memperoleh perkara itu selepas melakukan pelbagai tinjauan dalam libat urus bersama PMKS sejak awal tahun ini. Kami bimbang kerajaan mungkin beranggapan PMKS semestinya menunjukan prestasi baik ikutan kenaikan KDNK negara dan pengukuhan mata wang ringgit.

“Sedangkan hakikatnya, banyak PMKS terkesan teruk akibat peningkatan kos perniagaan, menyebabkan pemampatan margin keuntungan dan keberuntungan yang rendah kepada mereka,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press, hari ini.

Mengulas lanjut, William berkata, kos tambahan yang dialami PKMS ketika ini dilihat mewujudkan pertimbangan kepada peniaga untuk meningkatkan harga jualan yang tinggi.

Jelasnya, ia diburukkan lagi dengan peningkatan kos pematuhan yang disebabkan oleh mandat e-invois yang akan datang, selain pematuhan dan pelaporan piawaian alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG).

“Pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan menaikkan cukai taksiran dan caj perkhidmatan kepada perniagaan antara 15 hingga 250 peratus. Akibatnya, banyak PMKS semakin terdesak, tetapi tidak tahu di mana dan bagaimana untuk mendapatkan bantuan.

“Kami tetap komited untuk menyokong Ekonomi Madani dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan berharap keluhan PMKS diambil berat serta dapat ditangani dalam Belanjawan 2025,” katanya.

Bagaimanapun, Penasihat Ekonomi KSI Strategic Institute for Asia Pacific, Anthony Dass berpandangan sebaliknya apabila menjangkakan kerajaan akan mengumumkan langkah cukai baharu dalam Belanjawan 2025.

Jelasnya, ini kerana asas cukai menunjukkan pertumbuhan yang terhad sejak Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan pada 2018.

“Bagi Belanjawan 2025, kami yakin kerajaan mungkin memperkenalkan atau melaksanakan cukai gula, cukai barang bernilai tinggi (HVGT) dan cukai Peraturan Anti-Hakisan Global (GloBE).

“Pada masa sama, kemungkinan juga akan berlaku peningkatan cukai gula berikutan cadangan Kementerian Kesihatan untuk menaikkan cukai ke atas minuman bergula kepada 20 peratus daripada harga runcit sebagai sebahagian daripada kempen Perangi Gula,” katanya.

Bagaimanapun, Dass menjelaskan GST dijangka tidak diketengahkan dalam Belanjawan 2025 walaupun spekulasi yang meningkat dalam kalangan peserta pasaran mengenai potensi untuk ia diperkenalkan semula.

“Kami menjangka kerajaan sebaliknya akan memperluaskan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) untuk meningkatkan hasil. SST meliputi 41 peratus barangan dan perkhidmatan manakala GST sebelum ini meliputi 76 peratus,” katanya.

Dalam pada itu, Dass berkata, kerajaan dijangka terus merasionalisasikan perbelanjaan mengurus (OPEX) selain bersedia menggabungkan konsolidasi OPEX terutama dalam perbelanjaan subsidi.

Namun, katanya, kuantum konsolidasi akan kekal sederhana walaupun perkara itu selaras dengan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.

“Belanjawan itu juga diramal akan memberi tumpuan kepada peningkatan kepentingan ekonomi digital dengan memperluas akses jalur lebar, mempromosikan inovasi digital dan membangunkan bandar pintar.

“Turut dijangkakan adalah penekanan terhadap pelaburan bagi peningkatan infrastruktur, tebatan banjir, tenaga boleh baharu dan pemodenan grid tenaga,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membentangkan Belanjawan 2025 pada Jumaat ini.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menerusi sidang media mingguan di Putrajaya lalu.

Related Posts

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

BERIKUT adalah sudut pandang sosial rakyat terhadap tiga tahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX). Dapatan yang terhasil berdasarkan data rasmi, laporan kerajaan, dan statistik yang boleh disahkan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

KINABATANGAN – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengeluarkan sebanyak 446 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ta’awun atau taktik? Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Ta’awun atau taktik?  Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

  • By Fatin
  • January 12, 2026
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar