Ladang jagung bijian Kg Masalog berpotensi kurangkan kebergantungan import negara

KOTA MARUDU – Inisiatif penanaman jagung bijian secara moden di Kampung (Kg) Masalog, Kota Marudu dilihat sebagai langkah strategik dalam mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap jagung import dari luar negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Isham Ishak berkata, projek yang diusahakan oleh Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad dengan kerjasama Syarikat Emat Sdn. Bhd ini adalah satu aset bernilai untuk Negeri Sabah.

“Saya yakin dengan inisiatif yang dilaksanakan dari projek ini sebenarnya dapat membantu dalam menyelesaikan beberapa masalah.

“Pertama ialah pengimportan jagung dari luar negara, kedua ialah untuk meningkatkan hasil baharu untuk Sabah iaitu jagung bijian dan ketiga dapat memberi satu perkongsian teknologi bukan sahaja untuk negeri ini tapi seluruh negara,” katanya.

Jelasnya, teknologi yang digunakan dalam projek ini telah terbukti berkesan di luar negara, dengan hasil pengeluaran mencecah 15 hingga 16 tan sehektar iaitu dua kali ganda daripada purata hasil jagung di Malaysia ketika ini yang sekitar 6 hingga 8 tan sehektar.

“Untuk jagung, kita import sepenuhnya dari luar negara.

“Tapi yang penting sekarang ialah ada satu gerakan di mana kita telah memulakan proses penanaman jagung bijian khususnya untuk memberi bekalan kepada penternak-penternak ayam pengeluar-pengeluar lembu daging dan lembu tenusu negara.

“Kita tak perlu lagi bergantung kepada import,” katanya dalam sidang media semasa lawatan rasminya di Ladang Jagung Bijian, Kg Masalog di sini pada Isnin.

Beliau berkata, inisiatif ini tidak hanya berpotensi mengurangkan kebergantungan jagung import malah membuka ruang agar negara dapat menikmati harga makanan seperti telur ayam, daging ayam dan daging lembu pada harga yang lebih murah dan lebih stabil pada masa akan datang.

“Saya harap dalam jangka panjang akan dapat menurunkan harga jagung dan memberi kesan kepada rakyat dari segi harga daging, telur ayam, daging ayam yang lebih murah, lebih stabil, lebih terkawal tanpa kita bimbang dengan gangguan-gangguan dalam sistem rantaian pengeluaran makanan,” jelasnya.

Tambahnya, selain impak kepada rantaian bekalan makanan negara, projek ini turut membawa limpahan manfaat kepada komuniti setempat, termasuk peluang latihan kepada belia di Kota Marudu serta pemindahan teknologi pertanian moden berskala global.

“Setakat ini, selain Sabah yang baru memulakan usaha penanaman jangung, negeri-negeri lain seperti Perlis, Johor dan beberapa negeri lain turut terlibat dalam pengeluaran jagung bijian secara besar-besaran, khususnya bagi memenuhi keperluan penternakan di kawasan masing-masing,” ujarnya.

Related Posts

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

ALOR SETAR – Seorang mekanik yang ditahan susulan penemuan tiga pucuk pistol termasuk satu tiruan serta dua laras senapang angin di sebuah bengkel kenderaan di Baling, dekat sini pada Jumaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

KANGAR – Inisiatif Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) membuka Tabika Tunas Istimewa (TTI) di Perlis dilihat berpotensi mengubah landskap pendidikan khas luar bandar menerusi model kos rendah yang lebih inklusif. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik