KWSP: Kerajaan tidak cadang pengeluaran bersasar, kes kritikal akan diberi pertimbangan khas

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi bahawa Kerajaan Persekutuan tidak berhasrat untuk memperkenalkan pengeluaran bersasar lanjut untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Anwar berkata, prinsip teras KWSP bergantung kepada simpanan persaraan dan pengenalan pengeluaran tambahan akan menimbulkan masalah kepada pencarum ini beberapa tahun lagi.

“Ada kalanya beberapa pengecualian dan kelonggaran diberikan… dan banyak kes rayuan khusus diberi pertimbangan khas terutama dalam keadaan keuzuran dan sebagainya.

“Tapi membuka ruang yang terlalu luas bermakna kita akan menghukum mereka apabila mereka beransur tua dan bersara.

“Kerajaan perlu melakukan keseimbangan ini, antara menyelesaikan masalah mendesak segera dan menghukum, mendera mereka ketika sudah bersara dan tidak ada upaya lain,” katanya ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai jawapan kepada Ahli Parlimen Padang Terap, Nurul Amin Hamid yang bertanya sama ada kerajaan akan mempertimbangkan untuk memperkenalkan pengeluaran bersasar bagi pencarum yang kini berdepan dengan pengangguran, hutang dan peningkatan kos sara hidup.

Tambah Anwar, dividen 6.3 peratus yang telah diumumkan akan memberi fahaman lebih jelas kepada pencarum bahawa simpanan KWSP akan memberikan pulangan yang berbaloi.

“KWSP sudah keluarkan kenyataan bahawa majoriti pencarum terutamanya masyarakat Melayu ada simpanan yang sangat kecil,” katanya.

Tetapi, beliau menjelaskan sekiranya terdapat keperluan atau sebab yang munasabah, pertimbangan akan dilakukan oleh KWSP.

“Jadi kalau ada spesifik yang dibangkitkan Padang Terap, saya percaya KWSP boleh berikan pertimbangan seperti mana yang mereka lakukan sekarang,

“Katalah keadaan mendesak, walaupun tak ikut kaedah yang diberikan sekarang,” katanya.

Related Posts

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

SETIAP kali menghampiri Aidilfitri, ramai di antara kita yang menghadapi tekanan kewangan. Mahu menyediakan belanja raya untuk keluarga. Mahu wajah anak bini berseri-seri gembira di pagi raya. Menyedari konteks ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi perhatian serius terhadap usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di kawasan konflik di Asia Barat susulan perkembangan keselamatan yang semakin meruncing…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri