Kuasa pengampunan hak prerogatif Agong

YANG di-Pertuan Agong mempunyai kuasa prerogatif untuk memberi ampun, menunda hukum atau lega hukum bagi sebarang kesalahan dilakukan di Wilayah Persekutuan.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Istana Negara memberitahu Sultan Ibrahim memiliki kuasa itu mengikut Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

Agong juga berhak meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang dijatuhkan mahkamah bagi kesalahan berkaitan.

Istana Negara turut menegaskan bahawa hukuman dijalankan adalah mengikut nasihat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Agong.

“Oleh itu mana-mana pihak yang ingin mencadangkan supaya mana-mana banduan diberi keampunan atau pengurangan hukuman, pemohonan hendaklah dikemukakan banduan terbabit untuk dipertimbangkan oleh lembaga pengampunan pada mesyuarat akan datang,” katanya.

Pada masa sama, Istana Negara meminta semua pihak menghormati perlembagaan dan undang-undang ditetapkan.

Kenyataan itu dikeluarkan beberapa hari sebelum sesetengah pihak merancang untuk berkumpul sebagai tanda solidariti terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya minggu depan.

Isu pengampunan itu menjadi perhatian ekoran dakwaan wujud titah tambahan oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah – ketika baginda berkhidmat sebagai Agong – berhubung pelaksanaan hukuman ke atas Najib.

Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa dalam kes SRC International Sdn Bhd melibatkan dana RM42 juta.

Related Posts

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

ALOR SETAR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya terhadap seorang pengguna media sosial iaitu Muhamad Zubair Ismail atau dikenali sebagai ‘Tam Jebat’.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

PUTRAJAYA – Konflik geopolitik yang berlaku di rantau Teluk ketika ini tidak menjejaskan operasi penerbangan domestik di negara ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setakat ini tiada penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan