KUCHING – Hasil kajian yang dilakukan oleh syarikat e-hailing, Maxim mendapati rakyat Malaysia menghabiskan 5 juta jam dalam perjalanan.
Menurut Maxim, data tersebut dikumpul berdasarkan pemerhatian berapa banyak masa yang dihabiskan pengguna jalan raya bersama Maxim.
“Pembangunan perniagaan yang beroperasi sepanjang tahun ini mendapat permintaan yang signifikan, dengan perjalanan sejauh 173 juta km di seluruh negara,” jelas Maxim.
Tambah Maxim, jarak ini boleh dibandingkan dengan perjalanan ke bulan sebanyak 215 kali dan kembali.
“Data dicatat berdasarkan tempahan untuk perkhidmatan e-hailing dan penghantaran, dari semua operasi di bandar.
Kata Maxim lagi, pencapaian jumlah masa yang dihabiskan pengguna di jalan raya dengan Maxim boleh melebihi 5 juta minit dalam perjalanan terutama menjelang akhir tahun ini.
“Kebanyakan tempahan yang dibuat adalah pada hari bekerja dan sesi cuti di mana purata masa yang dihabiskan dalam sehari adalah sekitar 20-30 minit untuk satu perjalanan,” jelas Maxim dalam kenyataan rasmi mereka.
Sementara itu, Maxim turut memperkenalkan kadar baru untuk pengguna kurang Upaya (OKU) iaitu Mesra OKU.
Aplikasi tersebut dibangunkan untuk membantu golongan OKU selain mendapatkan perjalanan yang lebih selesa.
Pengarah Maxim e-hailing Malaysia Mohd Hazwan berkata pihaknya mencapai perkembangan berlandaskan komitmen berterusan dan kepuasan pelanggan.
“Kami memberi tumpuan kepada komuniti dengan menawarkan perjalanan yang lebih selesa dan membangunkan perkhidmatan dengan versi lebih baik untuk semua,” ujar Hazwan lagi.








