KSN dahului penerima pingat, darjah kebesaran Melaka

AYER KEROH – Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar mengetuai senarai penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran negeri sempena hari jadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam ke-75 bagi sesi pertama, hari ini.

Shamsul Azri menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Turut menerima darjah kebesaran yang sama adalah Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

Pengurniaan darjah kebesaran di Balai Istiadat Seri Negeri, di sini turut menyaksikan isteri Ketua Menteri, Datin Seri Zuriyah Abdul Aziz bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong antara penerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira.

Turut menerima DCSM adalah Pengarah Kewangan UMNO merangkap Pengerusi Kumpulan Ranchan Maritime Sdn Bhd, Datuk Shahrul Azuwar Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Roslan Abdul Rahman serta ahli perniagaan yang juga suami pelakon Heliza Helmi, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Ketua Pemuda UMNO yang juga ADUN Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh serta Duta Besar Malaysia ke Itali, Datuk Zahid Rastam antara lima penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk bagi sesi pertama itu.

Setiausaha Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Ahmad Azlan Ahmad Salleh pula mengetuai senarai 71 penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) juga membawa gelaran Datuk.

Sesi pertama turut menyaksikan seramai 22 menerima Darjah Seri Melaka (DSM), 30 Bintang Cemerlang Melaka (BCM), 33 Bintang Khidmat Terpuji (BKT), 71 Pingat Jaksa Kebaktian (PJK), 48 Pingat Bakti Masyarakat (PBM) dan dua Pingat Khidmat Lama (PKL)

Beberapa pengamal media turut tersenarai menerima bintang dan pingat kebesaran negeri bagi sesi pertama dan kedua, antaranya wartawan sambilan New Straits Times Press (NSTP) Melaka, Nazri Abu Bakar yang akan menerima BCM, wartawan Malaysia Gazette Melaka, Rizanizam Abdul Hamid dan wartawan Melaka Hari Ini (MHI), Mohd Faiz Abu Hasan.

Sebanyak tiga sesi istiadat penganugerahan darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri dengan sesi kedua diadakan petang ini manakala sesi ketiga pula diadakan esok.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti