
SRI AMAN – Dua rumah panjang (RH) iaitu RH Buja dan RH Maria dilaporkan terjejas akibat banjir pada awal pagi tadi.
Menurut kenyataan rasmi Pusat Gerakan Operasi Bomba, kedua-dua rumah panjang tersebut dinaiki air pada 4 pagi.

Difahamkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkelili Dr Johnical Rayong Ngipa turut berada di lokasi kejadian untuk meninjau keadaan banjir di kedua-dua rumah panjang tersebut.
Setakat ini, 45 penghuni RH Buja dan 87 penghuni RH Maria terpaksa dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Merbong yang terletak di atas bukit rumah panjang tersebut.







