KD Pendekar tenggelam sepenuhnya – TLDM

PUTRAJAYA – Kapal Diraja (KD) Pendekar telah tenggelam sepenuhnya di posisi dua batu nautika di Tenggara dari Tanjung Penyusop, Johor pada jam 3.54 petang tadi.

Tentera Laut Diraja (TLDM) dalam satu kenyataan hari ini, memberitahu bahawa usaha untuk menyelamatkan kapal melalui operasi salvaj masih dalam proses pelaksanaan.

“Usaha pantas komuniti maritim berjaya menyelamatkan kesemua 39 kru KD Pendekar sebelum kapal ditenggelami air sepenuhnya. Tiada kecederaan dilaporkan.

“Mereka kini berada dalam keadaan selamat dan ditempatkan di KD Sultan Ismail di Tanjung Pengelih, Johor.

“Aset TLDM ditempatkan di lokasi kejadian bagi memantau keadaan semasa dan keselamatan persekitaran,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, TLDM memaklumkan kapalnya kejadian yang berlaku ketika penugasan operasi pada jam 12 tengah hari itu dipercayai berpunca daripada pelanggaran dengan objek di bawah air.

Dalam pada itu, TLDM menasihatkan orang awam untuk tidak menyebarkan maklumat insiden yang tidak sah dan perkembangan terkini akan dimaklumkan melalui sumber rasmi.

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen