Krisis tenaga global: 441 kandungan palsu dikenal pasti, 54 siasatan dibuka

PUTRAJAYA – Sebanyak 441 kandungan palsu berkaitan isu krisis tenaga global dikesan dalam tempoh 29 Mac hingga 15 April tahun ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 54 kertas siasatan telah dibuka, dengan 12 kes diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk penelitian lanjut, manakala 42 lagi masih dalam siasatan.

“Untuk makluman semua, dari 29 Mac hingga 15 April, setakat jam 7 pagi tadi, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenal pasti sebanyak 441 kandungan palsu berkait isu krisis tenaga global untuk diturunkan.

“Aduan rasmi telah dibuat oleh orang awam kepada MCMC dan permohonan penurunan kandungan tersebut telah dipanjangkan kepada platform-platform media sosial,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, kerajaan akan menetapkan pengumuman harga baharu produk bahan api dibuat setiap Rabu bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Untuk makluman, harga baharu bagi produk bahan api di Malaysia hanya diumumkan setiap hari Rabu sekitar jam 6 hingga 7 petang.

“Sebarang makluman atau sebaran yang dikesan sebelum waktu tersebut dan bukan disalurkan melalui platform rasmi Kementerian Kewangan (MoF) berkemungkinan adalah palsu,” katanya.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori