Krisis Gaza: Akses kesihatan reproduktif wanita terjejas

LEBIH 230,000 wanita dan kanak-kanak perempuan di Gaza, termasuk hampir 15,000 wanita hamil, berdepan kekangan serius dalam mendapatkan perkhidmatan kesihatan reproduktif susulan operasi ketenteraan Israel, meskipun perjanjian gencatan senjata telah dimeterai.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric, memetik laporan Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) yang memberi amaran situasi berkenaan meningkatkan risiko keganasan berasaskan jantina, perkahwinan kanak-kanak serta eksploitasi terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan, lapor Anadolu.

Beliau berkata, kerosakan terhadap kemudahan kesihatan, ruang selamat dan klinik, selain faktor pemindahan penduduk serta banjir, telah mengehadkan secara ketara akses kepada sokongan psikososial dan rawatan perubatan.

Menurut Dujarric, rakan kemanusiaan PBB telah menyalurkan bantuan kepada lebih 13,000 isi rumah sejak Ahad lalu, termasuk pengagihan ratusan khemah, tilam, selimut, pakaian panas, peralatan memasak serta lampu solar.

Bagaimanapun, beliau berkata, kekangan kapasiti dan pembiayaan menyebabkan bantuan ketika ini hanya dapat disalurkan kepada kira-kira 40 peratus daripada 970 lokasi penempatan sementara di Gaza.

Related Posts

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16