Benua Afrika sedang ‘berpisah’ akibat rekahan besar

JOHANNESBURG – Para saintis mendedahkan Afrika sedang terpisah di sepanjang rekahan besar yang akan membentuk lautan baharu.

Kajian terbaharu menunjukkan perubahan itu dijangka mengambil masa jutaan tahun kerana ia berlaku pada kadar perlahan iaitu hanya beberapa milimeter setiap tahun.

“Ia adalah proses geologi penting yang akan membentuk masa depan benua itu,” menurut laporan Newsweek.

Proses itu dikatakan berlaku di sepanjang Rekahan Afrika Timur (EAR) yang mana bahagian timur (Plat Somalia) sedang menjauhi Plat Nubia yang membentuk sebahagian besar benua berkenaan.

Di bahagian utara pula, Plat Nubia dan Somalia sedang terpisah dari Plat Arab yang menghasilkan sistem rekahan berbentuk Y.

Ketiga-tiga plat tersebut bertemu di wilayah Afar, Ethiopia yang digelar saintis sebagai ‘persimpangan tiga plat tektonik’.

EAR bermula kira-kira 25 juta tahun lalu dan bermula di ‘persimpangan tiga plat tektonik’ Afar dan membentang kira-kira 3,500 kilometer dari Laut Merah ke Mozambique.

Cabang timurnya melalui Ethiopia dan Kenya manakala bahagian barat melengkung dari Uganda ke Malawi.

Ahli geofizik di Virgina Tech, D Sarah Stamps berkata, lautan baharu diramalkan terbentuk di bahagian utara yang mengalami kadar perubahan lebih cepat.

Secara purata, plat tektonik bergerak menjauhi antara satu sama lain pada kadar kira-kira 0.28 inci setahun, namun ia tetap memberi impak kepada kehidupan manusia iaitu peningkatan risiko gempa bumi dan aktiviti vulkanik.

Related Posts

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16