Krisis Asia Barat: Inilah masanya bersolidariti sokong usaha kerajaan

IBARAT lautan yang tenang tiba-tiba dilanda gelora, krisis tenaga global kini menghempas pantai ekonomi dunia tanpa amaran.

Dalam badai yang kian memuncak ini, negara-negara kecil dan sederhana seperti Malaysia tidak mampu berlayar sendirian tanpa kesatuan yang utuh dalam kalangan rakyatnya.

Pennganalisis politik, Datuk Dr. Azhar Ahmad menegaskan, Malaysia tidak akan terlepas daripada tempias krisis tenaga global yang semakin meruncing, khususnya susulan konflik berterusan di Asia Barat.

Menurutnya, kesan kenaikan harga minyak dan ketidaktentuan bekalan tenaga dijangka memberi tekanan besar kepada ekonomi negara, seiring dengan situasi yang turut melanda negara-negara lain di rantau Asia Tenggara.

Dalam masa sama, beliau meluahkan kebimbangan terhadap sikap segelintir pihak yang didakwa mengambil kesempatan daripada krisis ini untuk kepentingan politik sempit.

Apa yang dikesalkan, beliah berkata, tindakan tersebut boleh menjejaskan usaha mengekalkan kestabilan negara dalam keadaan mencabar.

“Ketika negara berdepan cabaran besar, perpaduan seharusnya menjadi keutamaan. Namun, masih ada pihak yang memilih untuk menunggang isu demi agenda tertentu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Azhar yang juga Ketua UMNO Bahagian Beruas menegaskan, rakyat wajar menjadi warganegara yang tenang dan bersolidariti bersama kerajaan dalam menghadapi krisis ini.

Menurutnya, tindakan menyimbah minyak ke dalam api dengan mempolitikkan isu hanya akan memburukkan keadaan dan melemahkan usaha negara berdepan dengan krisis ini.

Beliau turut menambah penawar kepada krisis ini, sama ada cepat atau lambat, adalah dengan memperkukuhkan kesatuan dalam kalangan rakyat.

“Dalam tempoh sukar seperti ini, kita perlu bersatu dan bukan saling tuduh-menuduh yang hanya akan meretakkan lagi keadaan,” katanya.

Azhar turut mengkritik sikap beberapa pemimpin yang disifatkan lebih mementingkan kepentingan politik berbanding kebajikan rakyat, sambil menyifatkan pendekatan sedemikian sebagai tidak membantu dalam situasi krisis.

Dalam kenyataan sama, beliau menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan negara yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha menstabilkan ekonomi serta menangani cabaran global yang semakin kompleks.

Azhar turut berharap agar kepimpinan negara diberikan kekuatan dalam mengemudi negara dan memainkan peranan lebih besar di peringkat global terutama dunia Islam.

“Saya seru semua pihak mengetepikan perbezaan politik demi kepentingan bersama.

“Inilah masanya kita bersatu padu dan tunjukkan solidariti kita kepada negara, kita kena sabar selain bijak dalam menangani krisis ini yang sebenarnya bukan hasil kesilapan kerajaan kita pun,” katanya.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori