KPTM Gua Musang dibuka semula

PUTRAJAYA – Kerajaan akan membuka semula Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) di Gua Musang bagi memberi kemudahan kepada rakyat terutama di daerah itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sudah mengarahkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk berbuat demikian dengan kerja awalan pemulihan KPTM dijangka dimulakan bulan depan.

“Di Gua Musang, dulu kita sudah ada KPTM, namun ditutup pada 2019 kerana kekurangan pelajar dan soal pembiayaan.

“Justeru, saya arahkan KPTM di Gua Musang dibuka semula untuk kemudahan penduduk di daerah ini dengan menawarkan kursus bersesuaian dengan kebolehpasaran penduduk sekitar Gua Musang dan Kelantan.

“Sama ada kita kekalkan di lokasi sama atau baharu, ia akan dibincangkan nanti,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) dan Majlis Raya Aidilfitri Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), di Gua Musang, Kelantan, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, beliau mengumumkan kemudahan itu memandangkan ia permintaan rakyat Gua Musang dan wakil rakyat di sini.

“Inilah pentingnya pengundi memilih wakil rakyat yang sama parti dengan Putrajaya,” katanya lagi seperti dilapor Berita Harian.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk pembinaan jambatan di Batu 10, dekat bandar Gua Musang.

Katanya, turut diumumkan sebanyak 30 kedai oleh MARA dan Kesedar akan disediakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dalam usaha membangunkan DUN berkenaan serta peruntukan RM1.5 juta untuk pembinaan Masjid Mukim Kampung Jerek.

Related Posts

Malaysia mantapkan sektor akuakultur demi jamin bekalan makanan

KUALA LUMPUR – Sistem keterjaminan makanan negara perlu terus diperkukuh agar petani kekal terbela dan bekalan makanan mencukupi dalam berdepan krisis bekalan global. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Microsoft Elevate lahir 80,000 peserta mahir AI

KUALA LUMPUR – Microsoft Elevate dilaksanakan Microsoft berjaya memperkasakan 80,000 peserta setakat ini, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan syarikat itu dalam memperkukuh pembangunan digital dan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎