Pahang sedia bantu aktif semula 30 koperasi

KUANTAN – Kerajaan Pahang akan memberikan tumpuan untuk mengaktifkan semula 30 daripada 125 koperasi tidak aktif di negeri ini.

Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata, ia antara langkah untuk memperkasa sektor koperasi yang menjadi nadi kepada pembangunan ekonomi rakyat.

Katanya, penilaian semula akan dilakukan untuk melihat kebarangkalian koperasi terbabit untuk diaktifkan.

“Langkah ini dilakukan kerana hendak tubuh koperasi bukan senang, makan (ambil masa) bertahun.

“Akhirnya hendak mansuhkan itu sangat mudah, jadi sebab itu kita nilai semula kira-kira 30 koperasi untuk peringkat awal kerana jumlah terkini sehingga 31 Disember tahun lalu, sebanyak 125 koperasi dikenal pasti tidak aktif di Pahang,” katanya pada Majlis Apresiasi Koperasi Terbaik Pahang 2025 di Dewan Perdana Kompleks Penjara, dekat FELDA Mempaga, Bentong, hari ini.

Turut hadir Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi dan Kawal Selia) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Siti Azlin Ahmad Dauta dan Pengarah SKM Pahang, Ibrahim Husain.

Amizar berkata, punca ketidakaktifan koperasi terbabit kebanyakannya kerana masalah pengurusan iaitu kewangan.

“Ini antara masalah utama koperasi iaitu pengurusan kewangan mereka yang mungkin tidak tersusun dan tidak dibuat dengan rapi,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu sektor pelancongan antara sektor terbaharu yang dilihat berpotensi untuk diteroka oleh koperasi di Pahang.

Amizar bagaimanapun mengakui berlaku penurunan hasil perolehan koperasi di Pahang iaitu RM979 juta tahun lalu berbanding sasaran ditetapkan RM1 bilion.

Related Posts

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

PAITAN – Sebanyak 15 tan bekalan makanan dan keperluan asas dihantar ke pusat agihan di Kadazandusun Cultural Association (KDCA) Paitan bagi memperkukuh operasi bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Sugut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

KUCHING – Cadangan projek mega Kereta Api Trans Borneo (TBR) disambut baik berikutan potensinya sebagai pemangkin ekonomi dan logistik yang efisien untuk wilayah ini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan