KPSTI Sabah perhebat penyediaan akses internet sekolah luar bandar, pedalaman

PAITAN – Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah akan terus memperhebat usaha menyediakan kemudahan akses internet kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman bermula tahun hadapan.

Menterinya, Datuk James Ratib berkata, inisiatif berkenaan penting bagi memastikan tiada murid atau pelajar tercicir daripada arus pendidikan digital sejajar dengan perkembangan semasa.

Beliau berkata, sepanjang tahun ini, kira-kira 300 buah sekolah di seluruh Sabah telah dilengkapi dengan peranti satelit Starlink bagi meningkatkan capaian internet sekali gus menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.

“Kita tidak mahu ada lagi murid atau pelajar yang berdepan kesukaran mendapatkan akses internet.

“Usaha ini akan diteruskan dan diperluaskan dari semasa ke semasa,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Krismas dan Tahun Baharu Peringkat Daerah Paitan, di sini, pada Sabtu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut berkata, kemudahan Starlink bukan sahaja penting di sekolah, malah wajar diperluaskan kepada komuniti setempat melalui inisiatif e-Desa, khususnya di kampung-kampung yang masih belum mempunyai liputan internet.

Menurutnya, kawasan Sugut di daerah Paitan, Beluran yang disenaraikan antara 10 kawasan termiskin di negara menjadi antara keutamaan beliau untuk dibangunkan dan dibawa keluar daripada garis kemiskinan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Beliau kemudiannya merakamkan penghargaan kepada penduduk setempat atas kepercayaan yang diberikan sekali lagi kepada beliau sebagai wakil rakyat kawasan Sugut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah lalu serta menyeru semua pihak berganding bahu memastikan Paitan dan Sugut terus maju seiring pembangunan semasa.

Mengenai sambutan Krismas dan Tahun Baharu itu, James menyifatkan sambutan perayaan pelbagai kaum dan agama di Sabah terus menjadi platform penting dalam memupuk keharmonian, perpaduan serta sikap saling menghormati dalam kalangan masyarakat.

Related Posts

Kerajaan komited cari penyelesaian terbaik isu 40 peratus hasil Sabah

KOTA BELUD – Usaha memperkukuh hak dan kedudukan Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus diberi perhatian secara konstruktif apabila isu tuntutan 40 peratus hasil cukai negeri diteliti dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

MUKAH – Tahap pengetahuan kesihatan dalam kalangan masyarakat perlu dipertingkatkan bagi memastikan mereka benar-benar memahami risiko penyakit, termasuk cara pencegahan yang betul. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sambut baik keputusan teruskan SUKMA 2026 Selangor

Pahang sambut baik keputusan teruskan SUKMA 2026 Selangor

BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

Kerajaan komited cari penyelesaian terbaik isu 40 peratus hasil Sabah

Kerajaan komited cari penyelesaian terbaik isu 40 peratus hasil Sabah

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong