KPM diarah beri kelonggaran sekolah terjejas banjir, jadikan PPS

ALOR SETAR – Kementerian Pendidikan (KPM) diarahkan memberi kelonggaran kepada sesi persekolahan di sekolah-sekolah yang terjejas banjir dan dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, KPM boleh mengumumkan cuti tambahan kepada pelajar dan murid di sekolah-sekolah terlibat sekiranya keadaan tidak mengizinkan untuk diteruskan sesi pembelajaran dan pengajaran.

Anwar berkata, bagaimanapun, pelajar tingkatan lima yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diminta untuk kekal menjalani sesi persekolahan seperti biasa.

“Sesi sekolah serah kepada Menteri Pendidikan, kalau terbeban dengan masalah penempatan tentunya Menteri Pendidikan akan beri kenyataan supaya memberikan sedikit kelonggaran, cuti tambahan untuk pelajar.

“Tapi saya nak tekankan, ia bukan cuti tapi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR),yang mana kalau ada saluran saya tidak mahu masa belajar itu dijadikan cuti,” katanya.

Anwar berkata sedemikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kedah,di sini, pada Sabtu.

Beliau berpandangan, guru-guru mesti menetapkan kerja rumah dan pelajar dikehendaki menyiapkannya sebelum dibuka semula sesi persekolahan sekiranya tidak dapat masuk ke sekolah, ketika ini.

Dalam perkembangan lain, beliau menyatakan, peruntukan berasingan juga akan disalurkan KPM kepada sekolah-sekolah yang terkesan dan mengalami kerosakan akibat banjir.

Untuk rekod, cuti pertengahan penggal bagi Kedah berakhir pada Sabtu dijadual akan disambung semula Ahad, namun sebanyak 37 buah sekolah termasuk maahad tahfiz di enam daerah seluruh Kedah yang terlibat banjir masih dijadikan PPS sehingga kini.

Related Posts

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

ALOR SETAR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya terhadap seorang pengguna media sosial iaitu Muhamad Zubair Ismail atau dikenali sebagai ‘Tam Jebat’.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan