Laluan Cameron Highlands terhalang akibat tanah runtuh

PUTRAJAYA – Tanah runtuh di Jalan Gunung Brinchang, dekat Sungai Burung, Brinchang, Cameron Highlands, pagi tadi menyebabkan sebahagian laluan jalan terhalang.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Azri Ramli berkata, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dalam kejadian jam 11 pagi.

Kejadian di Kilometer 67, Jalan Besar Brinchang berhampiran Agro Market menyebabkan laluan terhalang disebabkan tanah runtuh, pokok dan tiang elektrik tumbang.

Sebuah kenderaan diletak berhampiran kawasan itu rosak dihempap tiang elektrik tumbang.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku, dan kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, difahamkan insiden runtuhan tanah itu berlaku berdekatan kawasan sebuah projek diusahakan FAMA di Sungai Burung, Brinchang.

Ia membabitkan kerja-kerja meratakan tanah menggunakan jentolak bagi pembangunan pasar tani kekal.

Sementara itu, ADUN Tanah Rata, Ho Chi Yang menerusi hantaran di Facebook berkata, runtuhan berlaku di Jalan Besar Brinchang-Kea Farm pada jam 11 pagi tadi, dengan sebuah kenderaan diletak di tepi jalan rosak dihempap tiang elektrik tumbang.

Related Posts

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

KRIAN – Penduduk luar bandar di kawasan Nanga Atoi, Awik kini boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati kemudahan perubatan yang lebih baik susulan siapnya projek pembinaan Klinik Kesihatan Nanga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

LIMBANG – Pengguna jalan raya yang melalui Jalan RPR Batu Biah (RAP 62N) dimaklumkan akan berlaku lencongan jalan sementara bermula 2 hingga 4 Mei ini. Menurut notis yang dikeluarkan, penutupan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China