KPKM tubuh peraturan larang campur beras tempatan dengan import

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan memperkenalkan Peraturan Melarang Campuran Beras Putih Tempatan dengan Beras Putih Import.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata, ia merupakan antara langkah reformasi kementerian dalam menyelesaikan masalah yang timbul.

“Pekeliling mengenai peraturan bagi perkara berkenaan akan dikeluarkan kementerian dalam masa terdekat,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan KPKM, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, pengasingan kuasa bagi tujuan tindakan penguatkuasaan dan peraturan baharu antara agenda reformasi dirangka kerajaan untuk sektor padi dan beras negara.

“Langkah pertama agenda itu adalah pemantapan tatakelola, iaitu pengasingan kuasa yang akan dilaksanakan segera.

“Pengasingan kuasa membabitkan Bahagian Pembangunan Industri Padi (PIP), Kawalselia Padi Beras (KPB) dan wakil kerajaan dalam PadiBeras Nasional (Bernas),” katanya.

Dalam pada itu, mengulas perkara berbeza, Mohamad memaklumkan fungsi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dicadang diperluaskan dengan menggabungkan komoditi nanas, kelapa dan durian.

Jelasnya, penggabungan itu dilaksana demi mengurangkan defisit imbangan dagangan dapat dicapai melalui ketiga-tiga komoditi terbabit yang mendapat permintaan tinggi.

“Misalnya, pada 4 Oktober lalu, media melaporkan 40 tan durian segar Malaysia habis terjual dalam masa 24 jam di pasaran China.

“Begitu juga dengan nanas, kita hanya mampu mengeksport 800 kontena setahun sedangkan permintaannya 4,000 kontena setahun,” katanya.

Related Posts

Konvensyen PH 2026 perkukuh agenda reformasi, aspirasi rakyat

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) bakal menghimpunkan pimpinan tertinggi serta perwakilan parti komponen menerusi Konvensyen Pakatan Harapan 2026 yang dijadual berlangsung pada 17 Mei ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ada keperluan penyelaras KKP dilantik tangani isu kemalangan di sekolah

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untukKementerian Pendidikan (KPM) mewujudkan jawatan khusus sebagai Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di sekolah, susulan kes kemalangan yang masih berlaku di sekolah dari semasa ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

ADUN Sugut tegur kenyataan ADUN Likas, gesa hormati adab Dewan

ADUN Sugut tegur kenyataan ADUN Likas, gesa hormati adab Dewan

Konvensyen PH 2026 perkukuh agenda reformasi, aspirasi rakyat

Konvensyen PH 2026 perkukuh agenda reformasi, aspirasi rakyat

Ada keperluan penyelaras KKP dilantik tangani isu kemalangan di sekolah

Ada keperluan penyelaras KKP dilantik tangani isu kemalangan di sekolah

PH Johor pertahan suara rakyat, persoal pengurusan isu MBJB Spot

PH Johor pertahan suara rakyat, persoal pengurusan isu MBJB Spot

MDNS disaran main peranan aktif sokong pembangunan Sabah – Masidi

MDNS disaran main peranan aktif sokong pembangunan Sabah – Masidi

Terengganu perlu bukti kejayaan ekonomi, bukan sekadar persepsi antarabangsa

Terengganu perlu bukti kejayaan ekonomi, bukan sekadar persepsi antarabangsa