PM tiba di Laos untuk Sidang Kemuncak Asean

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Vientiane malam tadi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan yang bermula hari ini.

Perdana Menteri tiba dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay, Vientiane, pada jam 8.37 malam waktu tempatan.

Ketibaan beliau disambut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Duta Besar Malaysia ke Laos, Edi Irwan Mahmud dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin, selain Menteri Pertanian dan Perhutanan Laos, Linkham Duangsavanth dan Ketua Pengarah Biro Perkhidmatan Diplomatik, Vilatsone Visonenavong.

Perdana Menteri seterusnya menghadiri mesyuarat pra majlis bersama menteri dan pegawai kanan kerajaan yang diadakan secara tertutup.

Sidang Kemuncak Asean ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan akan berlangsung selama tiga hari sehingga Jumaat, yang menjadi platform untuk negara anggota membincangkan isu serantau dan antarabangsa.

Dengan tema ‘Asean: Meningkatkan Kesalinghubungan dan Daya Tahan’, sidang kemuncak yang diadakan di Pusat Konvensyen Kebangsaan (NCC) Laos itu dijangka dihadiri lebih 2,000 delegasi.

Lebih 20 mesyuarat dijadualkan berlangsung, yang akan disertai ketua negara dan kerajaan dari negara anggota Asean, negara rakan dialog serta rakan luar, termasuk wakil dari organisasi serantau dan antarabangsa.

Perdana Menteri dijadual menyampaikan kenyataan negara pada sesi plenari hari ini, sejurus selepas majlis pembukaan sidang kemuncak itu pada sebelah pagi.

Ketegasan dan pandangan Malaysia dalam isu serantau dan antarabangsa akan disuarakan Perdana Menteri, termasuk mengenai pertikaian di Laut China Selatan, ketegangan di Myanmar, konflik di Palestin dan tindakan Israel di Asia Barat, yang melanggar undang-undang antarabangsa.

Selain itu, usaha dalam memelihara keamanan dan kestabilan serta integrasi ekonomi serantau, digitalisasi dan teknologi baharu, termasuk kecerdasan buatan (AI), kesejahteraan rakyat dan warga Asean, perubahan iklim dan jenayah rentas sempadan.

Perdana Menteri akan menghadiri lebih 20 sidang kemuncak, mesyuarat dan pertemuan dua hala yang berlangsung sepanjang tiga hari.

Beliau akan menyertai pertemuan dengan wakil daripada Perhimpunan Antara Parlimen Asean, wakil Belia Asean dan Majlis Penasihat Perniagaan Asean (ABAC).

Pada Khamis, beberapa sidang kemuncak dengan negara rakan dialog akan diadakan, termasuk dengan China, Korea Selatan, Jepun, Asean Campur Tiga, Australia, India dan Kanada.

Pada hari terakhir, Perdana Menteri akan menghadiri Sidang Kemuncak Asean-Amerika Syarikat Ke-12, Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) Ke-19 dan Sidang Kemuncak Asean-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ke-14 serta Mesyuarat Kedua Pemimpin Komuniti Pelepasan Sifar Asia.

Pada Majlis Penutupan Sidang Kemuncak Asean itu, Laos akan menyerahkan jawatan Pengerusi kepada Malaysia sebagai Pengerusi Asean bagi 2025 dan Perdana Menteri dijadualkan menyampaikan ucapan ringkas.

Related Posts

Ada keperluan penyelaras KKP dilantik tangani isu kemalangan di sekolah

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untukKementerian Pendidikan (KPM) mewujudkan jawatan khusus sebagai Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di sekolah, susulan kes kemalangan yang masih berlaku di sekolah dari semasa ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia atas jemputan khas Putin

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Moscow atas jemputan khas Rusia menjelang sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan, pada 9 Mei ini. Menurut hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan anggap titah Sultan Selangor isu penternakan babi pandangan semberono,

Jangan anggap titah Sultan Selangor isu penternakan babi pandangan semberono,

ADUN Sugut tegur kenyataan ADUN Likas, gesa hormati adab Dewan

ADUN Sugut tegur kenyataan ADUN Likas, gesa hormati adab Dewan

Konvensyen PH 2026 perkukuh agenda reformasi, aspirasi rakyat

Konvensyen PH 2026 perkukuh agenda reformasi, aspirasi rakyat

Ada keperluan penyelaras KKP dilantik tangani isu kemalangan di sekolah

Ada keperluan penyelaras KKP dilantik tangani isu kemalangan di sekolah

PH Johor pertahan suara rakyat, persoal pengurusan isu MBJB Spot

PH Johor pertahan suara rakyat, persoal pengurusan isu MBJB Spot

MDNS disaran main peranan aktif sokong pembangunan Sabah – Masidi

MDNS disaran main peranan aktif sokong pembangunan Sabah – Masidi