ADUN Sugut tegur kenyataan ADUN Likas, gesa hormati adab Dewan

SUGUT – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut, Datuk James Ratib menegur kenyataan yang dikeluarkan ADUN Likas berhubung perjalanan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini dan menggesa semua wakil rakyat supaya lebih memahami tatacara serta adab perbahasan Dewan.

Menurut James, sebagai wakil rakyat yang masih baharu dalam Dewan, ADUN terbabit sepatutnya mengambil pendekatan memahami terlebih dahulu semangat sebenar sidang DUN sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat serta mewujudkan persepsi negatif terhadap institusi berkenaan.

“Dalam membangkitkan sesuatu isu terutama melibatkan kawasan wakil rakyat lain, fakta perlu diperoleh terus daripada pihak berautoriti seperti Pegawai Daerah, agensi kerajaan berkaitan atau menerusi lawatan rasmi ke kawasan terbabit.

“Jangan hanya berpandukan gambar, laporan atau maklumat daripada individu yang latar belakang serta kesahihannya tidak diketahui.

“Sebagai wakil rakyat, kita perlu bertanggungjawab terhadap setiap kenyataan yang dibuat dan jangan terlalu cepat mencari publisiti murahan dengan memainkan isu tanpa memahami situasi sebenar di lapangan,” ujarnya dalam satu kenyataan media, pada Khamis.

Tambahnya, setiap kawasan mempunyai wakil rakyat masing-masing yang sentiasa turun padang dan memantau perkembangan semasa demi kepentingan rakyat.

“Jika benar mahu membantu atau mendapatkan gambaran sebenar mengenai sesuatu isu di kawasan lain, wakil rakyat perlu hadir sendiri ke lokasi, bertemu rakyat serta pihak pentadbiran daerah dan bukannya membuat andaian dari luar.

“Saya berpandangan ADUN Likas juga seharusnya memberi fokus kepada kebajikan serta isu di kawasan sendiri yang masih memerlukan perhatian dan penyelesaian,” kongsinya.

Tambahnya lagi, semua wakil rakyat perlu bekerjasama secara matang dan profesional demi kepentingan rakyat, bukannya menjadikan Dewan sebagai pentas membina persepsi politik atau meraih perhatian.

“Saya kekal komited untuk terus bekerja dan berkhidmat kepada rakyat di kawasan Sugut dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan.

“Kerja untuk rakyat lebih penting daripada bermain persepsi politik,” katanya.

  • Related Posts

    Pembinaan 4 pos kawalan baharu Pulau Sebatik tingkat keselamatan sempadan

    TAWAU – Perancangan proaktif kerajaan dengan pembinaan empat pos kawalan baharu khusus di Pulau Sebatik akan memperkukuhkan lagi tahap keselamatan sempadan negara Malaysia-Indonesia. Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Ketua sindiket, ‘transporter’ dadah dicekup di Sarawak

    TAWAU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya memberkas dua lelaki tempatan yang juga ketua sindiket dan transporter atau rakan kongsi dadah dalam dua serbuan berasingan di Miri, 2 Mei lepas.…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Jangan anggap titah Sultan Selangor isu penternakan babi pandangan semberono,

    Jangan anggap titah Sultan Selangor isu penternakan babi pandangan semberono,

    ADUN Sugut tegur kenyataan ADUN Likas, gesa hormati adab Dewan

    ADUN Sugut tegur kenyataan ADUN Likas, gesa hormati adab Dewan

    Konvensyen PH 2026 perkukuh agenda reformasi, aspirasi rakyat

    Konvensyen PH 2026 perkukuh agenda reformasi, aspirasi rakyat

    Ada keperluan penyelaras KKP dilantik tangani isu kemalangan di sekolah

    Ada keperluan penyelaras KKP dilantik tangani isu kemalangan di sekolah

    PH Johor pertahan suara rakyat, persoal pengurusan isu MBJB Spot

    PH Johor pertahan suara rakyat, persoal pengurusan isu MBJB Spot

    MDNS disaran main peranan aktif sokong pembangunan Sabah – Masidi

    MDNS disaran main peranan aktif sokong pembangunan Sabah – Masidi