KPKM lantik Majlis Penasihat jayakan reformasi Nafas, tingkat tahap ketelusan – Mat Sabu

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang merangka gerak kerja agenda reformasi pentadbiran Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) bagi meningkatkan kecekapan dan ketelusan operasi pertubuhan itu sebagai institusi penting yang mewakili kepentingan peladang di seluruh Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan, beliau hari ini telah mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Council of Advisors National Farmers Organization (Nafas), Tan Sri Zainal Rahim Seman dan Majlis Penyerahan Watikah Lantikan Council of Advisors Nafas di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur.

“Antara yang dibincangkan hari ini adalah berkait dengan agenda reformasi pentadbiran Nafas untuk meningkatkan kecekapan dan ketelusan operasi Nafas sebagai institusi penting yang mewakili kepentingan peladang di seluruh Malaysia.

“Saya menekankan keperluan untuk meningkatkan tahap ketelusan dalam semua peringkat pentadbiran di Nafas. Langkah ini penting bagi memastikan integriti Nafas sebagai entiti yang mendapat kepercayaan dari peladang seluruh negara,” katanya.

Menurut Mohamad lagi, reformasi Nafas ini perlu dilakukan untuk meningkatkan daya saing organisasi, termasuklah memperkukuh peranan kepemimpinan dan membangunkan rangka kerja yang lebih mantap untuk memastikan pengurusan yang lebih cekap dan responsif terhadap perubahan dalam industri pertanian.

“Selamat menjalankan tugas kepada Council of Advisors Nafas yang dilantik dan saya berharap reformasi pentadbiran yang dilakukan ini berjaya mengangkat Nafas menjadi sebuah organisasi yang lebih dinamik, telus, dan berkesan dalam membela nasib peladang dan memperkasakan sektor pertanian Malaysia,” ujarnya.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat