Kos bangunkan PADU tak sampai pun RM85 juta, jelas Rafizi

RUPA-RUPANYA kos perbelanjaan pembangunan Pangkalan Data Utama (PADU) tidak pun mencecah RM85 juta seperti yang digembar-gemburkan di media sosial.

Perkara itu dijelaskan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang berkata, dakwaan tersebut tidak benar sebaliknya kos untuk membangunkan sistem PADU dan pelaksanaannya adalah jauh lebih rendah seperti yang didakwa pihak-pihak tertentu.

“Jadi saya ingin memperbetulkan sedikit bahawa pembangunan PADU melibatkan pembelanjaan sebanyak RM85 juta yang selalu disebut di TikTok, dakwaan ini tidak benar,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menegaskan PADU adalah mekansime penting bagi kerajaan menjayakan program penyasaran subsidi dibangunkan dengan melibatkan kos dalam beberapa pecahan.

“Setakat September 2024 kos pembangunan dan pelaksanaan PADU adalah RM31 juta dengan pecahan berikut, pembelian perkakasan ICT seperti ‘server’, ‘firewall’, ‘network’, ‘security’, ‘hardware’ ialah RM890,000.

“Perisian ICT seperti ATI yang memang kena bayar dan juga kepada semua platform ‘database ecryption’ sebanyak RM4.6 juta.

“Kelas pengkomputeran dan pengujian sistem yang ini kena bayar dengan kelas pengkomputeran tak ada kena mengena dengan sesiapa pun, ambillah sesiapa pun memang kena bayarlah, yang ini RM6.4 juta,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Rafizi menambah, kos pelaksanaan operasi PADU merupakan kos paling tinggi yang melibatkan pembayaran gaji kepada tenaga pekerja.

“Dan yang mahal itu ialah operasi pendaftaran pengguna kerana kita terpaksa menggaji MyStep yang perlu digerakkan di seluruh negara untuk menjaga kaunter pendaftaran dan masuk kampung. Kalau tidak ahli dewan juga bising kenapa orang tak mendaftar. Yang itu yang mahal iaitu RM19.3 juta.

“Semuanya dibangunkan sendiri oleh kakitangan awam yang bersengkang mata dan kalau ia dilaksanakan mengikut kaedah lama yang melantik orang luar, jumlahnya melepasi ratusan juta,” katanya.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

Agensi berkaitan perlu tampil segera hulur bantuan kepada mangsa kebakaran