KPDN Sarawak rampas 12,410kg minyak masak ‘kurang berat’ di Sejingkat

KUCHING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak merampas sebanyak 12,410 kilogram minyak masak peket bernilai RM31,025 dalam serbuan ke atas dua premis di Sejingkat pada Khamis.

Pengarahnya, Matthew Dominic Barin berkata, serbuan yang dijalankan kira-kira jam 10 pagi itu dilakukan hasil aduan orang awam mengenai dakwaan minyak masak peket 1kg yang dijual mempunyai kandungan kurang daripada berat yang ditetapkan.

Menurutnya, seramai enam pegawai penguat kuasa telah menjalankan pemeriksaan ‘nominal’ dan mengambil 125 sampel untuk ditimbang menggunakan alat timbang berketepatan tinggi (Pre-Package Class II).

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua 125 sampel minyak masak peket 1kg yang diperiksa tidak mencukupi berat dengan purata berat keseluruhan hanyalah sebanyak 0.9791kg.

“Susulan itu, tindakan kes diambil ke atas kedua-dua premis tersebut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Perenggan 7, Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Kuantiti Bagi Barang-Barang Tersedia Bungkus) 2023, iaitu gagal mematuhi had selisih yang dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Jelas Matthew, bagi kesalahan di bawah perintah tersebut, syarikat boleh didenda tidak melebihi RM200,000 untuk kesalahan pertama dan sehingga RM500,000 bagi kesalahan berikutnya.

Bagi individu pula, mereka boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

“KPDN Sarawak menyambut baik aduan orang ramai dalam usaha melindungi hak pengguna dan memastikan tiada manipulasi kandungan barang kawalan dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung salah laku peniaga diminta menyalurkan aduan melalui WhatsApp di talian 019-848 8000 atau aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu