Permohonan lot Ramadan guna aplikasi GoNet, DBKK perkukuh ketelusan elak pengaruh kartel

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menggunakan sepenuhnya aplikasi GoNet bagi permohonan lot Ramadan tahun ini sebagai langkah memastikan agihan dibuat secara adil, telus dan bebas daripada pengaruh kartel.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah berkata, semua peniaga yang berminat wajib memohon melalui aplikasi GoNet, dengan syarat satu pemohon bagi satu nombor MyKad dan satu telefon bimbit sahaja.

Jelasnya, pendekatan digital itu bertujuan menutup ruang manipulasi dan dakwaan kewujudan ‘kartel kecil’ yang sering timbul setiap kali musim Ramadan, khususnya daripada peniaga yang gagal memperoleh lot.

“Sebenarnya tiada kartel, tetapi setiap tahun ada pihak yang tidak berpuas hati dan membuat tanggapan seolah-olah ada kumpulan tertentu yang menguasai pembahagian lot.

“Jadi tahun ini kita perkemaskan sistem supaya lebih telus,” katanya kepada media selepas perasmian Pesta Selera 2026 Sempena Ulang Tahun ke-26 Bandaraya Kota Kinabalu di pekarangan Bangunan DBKK, di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, pihaknya turut mengalu-alukan cadangan daripada orang awam berhubung penambahbaikan sistem permohonan sebelum aplikasi GoNet dibuka secara rasmi minggu hadapan.

“Jika ada cadangan bagaimana sistem ini boleh dibuat lebih adil, kemukakan kepada DBKK melalui WhatsApp, e-mel kepada Bahagian Aduan,” katanya.

Tegasnya, sistem GoNet dilengkapi mekanisme semakan automatik bagi mengelakkan permohonan berganda serta penyalahgunaan identiti, selain pemeriksaan di lapangan akan turut dijalankan.

“Kalau didapati pemohon tidak berniaga sendiri di lot yang diperoleh, tindakan akan diambil termasuk pembatalan. Kita mahu beri peluang kepada mereka yang benar-benar mahu berniaga,” ujarnya.

Selain itu, beliau memaklumkan kawasan lot Ramadan tahun ini akan diperluaskan dengan penambahan satu zon baharu, menjadikan kawasan jualan lebih panjang berbanding tahun sebelumnya, namun Padang Merdeka tidak disenaraikan sebagai lokasi pada tahun ini.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu