ADUN Bekenu tinjau sendiri aduan penduduk Batu Niah

BATU NIAH – Kerosakan jalan dan jambatan akibat banjir yang melanda awal Februari lalu kini dalam pemantauan rapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak melakukan lawatan ke Rumah Panjang Nor Ebit semalam bagi meninjau sendiri keadaan infrastruktur yang terjejas.

“Semasa tinjauan, saya dapati jambatan utama mengalami kerosakan serius dan tidak lagi selamat digunakan oleh kenderaan. Selain itu, terdapat juga laluan tanah yang terhakis teruk serta satu kawasan yang runtuh bersama struktur kalvert,” katanya.

Kerosakan tersebut menyukarkan pergerakan penduduk rumah panjang yang bergantung sepenuhnya kepada laluan tersebut untuk urusan harian.

Menurut Rosey, pihaknya telah mengemukakan aduan kepada Majlis Daerah Subis untuk tindakan segera termasuk penilaian keselamatan serta penyediaan anggaran kos pembaikan.

“Saya juga tekankan agar sebarang pembaikan mengambil kira lokasi kawasan ini yang berhampiran Taman Negara Niah, tapak warisan dunia,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyuarakan komitmen untuk membantu penduduk rumah panjang yang terdiri daripada 10 pintu bagi mendapatkan bekalan air bersih dan tenaga elektrik yang lebih stabil.

Turut hadir Pegawai Majlis Daerah Subis, Penghulu Pui Kuan Phen, Kapitan William Thien dan mantan Kaunselor Sulaiman Ahmad.

Related Posts

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

KUALA PERLIS – Perairan negeri ini khususnya sekitar Kuala Perlis hingga ke Pulau Batu Layang diiktiraf sebagai habitat penting mamalia marin bertaraf antarabangsa apabila menjadi lokasi kemunculan spesies lumba-lumba Irrawaddy.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

SEBERANG PERAI – Empat buah sekolah di Seberang Perai terjejas dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy