Koridor Utiliti Sabah pemacu strategik pembangunan negeri – Hajiji

KOTA KINABALU – Koridor Utiliti Sabah (KUS) dilihat menjadi inisiatif strategik yang bakal menjadi pemangkin utama pembangunan sistemik di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, KUS bukan sekadar pengenalan sebuah entiti baharu tetapi mencerminkan kesungguhan kerajaan negeri dalam mempercepatkan pembangunan, menyelaras utiliti, dan menarik pelaburan baharu ke negeri ini.

“KUS diberi mandat sebagai Agensi Sehenti bagi mempercepatkan urusan permit kerja utiliti dan membangunkan pangkalan data aset utiliti negeri secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir sempena pelancaran KUS di Hotel Marriott, pada Jumaat.

Menurut Hajiji, penubuhan KUS selaras dengan Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menekankan pembangunan menyeluruh dan penyampaian perkhidmatan yang efisien, telus serta berorientasikan masa hadapan.

Katanya, penggunaan teknologi digital dan peta utiliti bersepadu melalui KUS mampu
mempercepat kelulusan projek, mengurangkan pertindihan kerja, serta meningkatkan keselamatan kerja lapangan.

“Pendekatan ini memberi impak besar bukan sahaja kepada kelancaran pelaksanaan projek kerajaan dan swasta, tetapi juga menyokong agenda pendigitalan negeri, daya saing pelaburan dan pembangunan bandar pintar.

“Inilah contoh sinergi sektor awam-swasta yang mampu melahirkan penyelesaian berimpak tinggi untuk rakyat,” katanya.

Hajiji turut menekankan bahawa penyelarasan proses utiliti akan membuka lebih banyak kawasan baharu untuk pembangunan sekali gus merangsang kegiatan ekonomi dan menjana peluang pekerjaan khususnya di kawasan luar bandar.

“Projek seperti ini akan memperkukuh logistik industri dan memperluas capaian bekalan asas seperti elektrik, air dan telekomunikasi kepada masyarakat luar bandar,” ujarnya.

Hajiji turut menyeru seluruh warga kerja KUSSB dan Qhazanah Sabah Berhad agar meneruskan usaha dengan penuh profesionalisme dan komitmen tinggi demi memastikan kemudahan ini benar-benar membawa manfaat kepada rakyat.

“Kita telah meletakkan asas kukuh. Kini tiba masanya untuk melaksanakannya dengan berani dan bersungguh-sungguh,” tambahnya.

Related Posts

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

KUANTAN – Seorang remaja sedang melakukan aksi ‘wheelie’ antara 65 ditahan ketika Operasi Khas Samseng Jalanan di sekitar bandar raya ini, semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

KOTA KINABALU – Isu air dan tenaga merupakan dua perkara yang perlu ditangani di Sabah sebaik mungkin, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Fadillah yang juga Menteri Peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

  • By Siti
  • July 14, 2025
Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

  • By Siti
  • July 14, 2025
Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka