Koperasi main peranan bantu masyarakat melalui CSR – Ewon

KOTA BELUD – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick mengalu-alukan inisiatif gerakan koperasi di negara ini melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sebagai usaha murni menyumbang kembali kepada masyarakat.

Beliau berkata, koperasi yang berjaya menjana keuntungan besar seharusnya tampil membantu komuniti setempat melalui pelaksanaan program CSR yang memberi manfaat terus kepada rakyat.

“Saya mengalu-alukan sebarang niat dan inisiatif daripada koperasi yang berkelebihan untuk menyumbang kembali kepada masyarakat, bukan hanya kepada ahli mereka tetapi juga kepada masyarakat lain yang memerlukan.

“Ini adalah semangat sebenar gerakan koperasi,” katanya selepas majlis penyampaian sumbangan Program CSR Koperasi Khazanah Usahawan Berhad (KO-KHAWAN), di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, program CSR tersebut melibatkan pembinaan dewan komuniti terbuka di Kampung (Kg) Kaung Ulu, Kg Bongol, Kg Kebidahan dan Kg Bundu Lapak dengan jumlah peruntukan sebanyak RM200,000.

Jelas Ewon, pelaksanaan program seumpama itu menunjukkan keprihatinan koperasi yang bukan hanya memberi tumpuan kepada keuntungan semata-mata, tetapi turut memikul tanggungjawab sosial dan prihatin terhadap keperluan masyarakat luar bandar.

“Saya berharap program CSR KO-KHAWAN ini memberi inspirasi kepada koperasi-koperasi lain, terus berusaha membina kekuatan perniagaan masing-masing seterusnya melaksanakan program CSR,” katanya.

Sementara itu, Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian menyokong usaha Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Kota Belud memberikan taklimat mengenai pencegahan kebakaran dan keselamatan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan sukarelawan bomba di kawasan Kadamaian.

“Ini penting kerana pemimpin kampung adalah barisan hadapan dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan di kampung masing-masing.

“Oleh itu, saya menyokong program-program kesedaran pencegahan bencana dapat diperluaskan di mukim-mukim dan kampung-kampung di sini,” katanya.

Dalam pada itu, Ewon juga menghargai dan menyokong sepenuhnya inisiatif anggota-anggota Jabatan Bomba memperkenalkan inovasi kelengkapan bagi kegunaan operasi mencari dan menyelamat.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan daripada Peruntukan Khas Menteri kepada lima persatuan dan kelab di kawasan Kadamaian iaitu Kelab Dart D’Lontupak Kota Belud (RM20,000), Persatuan Wanita Prihatin Kadamaian Kota Belud (RM50,000), Persatuan Wanita dan Keluarga Kota Belud  sebanyak (RM14,500), Persatuan Penduduk Wanita Nahaba Tegudon Kota Belud (RM20,000) dan Badan JKKK Kg. Lobong-Lobong sebanyak RM50,000.

Related Posts

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

SANDAKAN – Kerajaan memberi penekanan terhadap kepentingan sinergi antara agensi Persekutuan, negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan setiap dasar dan inisiatif berkaitan tenaga kerja dapat dilaksanakan secara berkesan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

SANDAKAN – Aktiviti penjualan rokok tidak berlesen di sekitar kawasan kaki lima Pasar Batu 8, di sini, pada Sabtu menjadi tumpuan dalam satu tinjauan dan pemantauan menerusi lawatan turun padang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang