Koperasi di Melaka catat jumlah perolehan tertinggi sejak 2018

AYER KEROH – Sebanyak 487 koperasi di Melaka berjaya menjadi penyumbang kepada peningkatan ekonomi negeri apabila merekodkan jumlah perolehan sebanyak RM156 juta setakat 31 Disember tahun lalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, angka itu sekali gus menjadi yang tertinggi pernah direkodkan sejak tahun 2018, di samping turut mencatatkan jumlah modal syer dan saham terkumpul sebanyak RM109 juta serta RM557 juta aset.

Tambah beliau, jumlah perolehan terkumpul yang dicatat sehingga 31 Disember 2023 pula adalah berjumlah RM109.25 juta, iaitu peningkatan sebanyak RM51 juta berbanding rekod tahun 2022.

“Saya yakin, angka ini boleh ditingkatkan dari semasa ke semasa apabila kesedaran dan minat menyertai koperasi ini dapat dijadikan satu gaya hidup yang akan menyumbang kepada kemakmuran sosioekonomi negara khususnya memacu perkembangan ekonomi negeri Melaka yang lebih mantap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara (HKN) Peringkat Negeri Melaka tahun 2024 anjuran SKM Negeri Melaka di
perkarangan Mydin Mall MiTC
di sini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azhar Arshad, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin, barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri, Ketua Pegawai Eksekutif SKM Rusli Jaafar, Pengarah SKM Negeri Melaka Mustafa Kamal Mohd Nor dan lain-lain kenamaan.

Ab Rauf berkata, berkat daripada keyakinan untuk memakmurkan ekonomi koperasi di Negeri Melaka, Kerajaan Negeri buat julung kalinya telah memperuntukkan sebanyak RM130,000 untuk dimanfaatkan oleh Gerakan Koperasi negeri ini.

Jelasnya, peruntukan itu membabitkan RM100,000 untuk Bantuan Pembangunan Koperasi Masjid (e-KOMAS) dan RM30,000 lagi bagi meraikan Hari Koperasi Negeri Peringkat Negeri Melaka.

“Saya yakin, pemerkasaan Gerakan Koperasi adalah pendekatan yang efektif bukan sahaja dapat merangsang pembangunan usahawan, bahkan berupaya memainkan peranan yang signifikan dalam membantu limpahan ekonomi kepada golongan B40 ketika menghadapi kepincangan kos sara hidup yang semakin membimbangkan.

“Sebagai penyumbang ekonomi ketiga terbesar dalam negara, Gerakan Koperasi Negeri Melaka mestilah dilihat sentiasa relevan dan berperanan memakmurkan ekonomi para anggotanya seterusnya memberi manfaat kepada rakyat di negeri Melaka.

“Saya menyeru kepada seluruh koperasi di negeri ini untuk terus meningkatkan daya saing bagi merebut peluang ekonomi yang tersedia dan saling bekerjasama untuk membuat perubahan ke arah transformasi ekonomi Negeri Melaka yang dinamik,” katanya.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis