Polis mohon bantu kesan warga emas OKU

SEGAMAT – Polis memohon orang ramai untuk mengesan seorang warga emas Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 7 Ogos lalu.

Ketua Polis Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata, Zaiton Hamzah, 60 merupakan OKU pendengaran kali terakhir dilihat berada di luar kediamannya di Kampung Permatang Panjang, Jementah pada kira-kira jam 4.30 petang, pada Rabu.

“Orang hilang (OH) bernama Zaiton Hamzah, berusia 60 tahun, berketinggian 153 sentimeter, berat 70 kilogram dan berkulit sawo matang.

“Wanita ini tidak memakai tudung, berkaki ‘ayam’, memakai baju T kelabu dan berkain batik.

“Laporan polis berkaitan kehilangannya dibuat oleh keluarga mangsa. Difahamkan mangsa berstatus OKU,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, adik mangsa, Zaidi Hamzah, 57, ketika dihubungi berkata, kakaknya mempunyai masalah kesihatan dan kadang-kala mengalami hilang ingatan.

Justeru, keluarganya bimbang mengenai keselamatan warga emas berkenaan ekoran dia tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri.

Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat di talian 07-9312222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Related Posts

Dua beranak maut kemalangan babit dua kenderaan

KOTA TINGGI – Dua beranak maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 71 Jalan Johor Bahru-Mersing, petang semalam. Mangsa maut dikenali Rubita Mohamad, 51, dan anaknya Nur Insyirah Syakirah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada dokumen sah, kapal tunda dan tongkang ditahan Maritim Miri

MIRI – Kegagalan mengemukakan dokumen penting membawa padah apabila sebuah kapal tunda bersama tongkang ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Miri dalam satu operasi penguatkuasaan pada Jumaat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

Dua beranak maut kemalangan babit dua kenderaan

Dua beranak maut kemalangan babit dua kenderaan

Tiada dokumen sah, kapal tunda dan tongkang ditahan Maritim Miri

Tiada dokumen sah, kapal tunda dan tongkang ditahan Maritim Miri

Zaini Garip raih emas di Kejohanan All England Senior 2026

Zaini Garip raih emas di Kejohanan All England Senior 2026

Kerajaan Sabah bantu rakyat ditimpa musibah di luar negara

Kerajaan Sabah bantu rakyat ditimpa musibah di luar negara

Ops Tiris: Ketegasan MADANI tutup ruang ketirisan, lindungi bekalan rakyat

Ops Tiris: Ketegasan MADANI tutup ruang ketirisan, lindungi bekalan rakyat