Koperal polis ditemukan mati lepas gagal dihubungi

KUANTAN – Seorang anggota polis berpangkat koperal daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Kem Galing PGA dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 11 malam dengan mangsa berusia 42 tahun dipercayai meninggal dunia antara tiga hingga empat hari lalu.

“Mangsa ditemukan duduk di sofa di ruang tamu rumah di tingkat enam kuarters kem berkenaan.

“Lelaki itu tinggal bersendirian dan ditemukan oleh dua rakan yang mencarinya bagi tugasan operasi hari ini.

“Pintu rumah terpaksa dipecahkan kerana mangsa gagal menjawab telefon. Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan atau perlakuan jenayah pada badan mangsa,” katanya kepada Bernama.

Wan Mohd Zahari berkata, adik mangsa memaklumkan abangnya menghidap hipertensi dan pernah diserang angin ahmar dua tahun lalu, serta masih mengambil ubat bagi penyakit itu.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat.

Related Posts

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

KUANTAN – Seorang pegawai kanan polis direman lima hari hingga 2 Mei ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM64,000. Rasuah itu dipercayai sebagai balasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

MIRI – Bandar Miri menerima ketibaan kira-kira 120 pelancong dari Hong Kong menerusi lawatan selama lima hari empat malam bermula 26 hingga 30 April ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Jenayah kopiah putih’: Ancaman berselindung di sebalik imej agama

‘Jenayah kopiah putih’: Ancaman berselindung di sebalik imej agama

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital