Konsep rumah transit bangsa Johor akan diperluas ke negeri lain – Zahid

KLUANG- Kerajaan Persekutuan sedia meneliti pendekatan rumah transit Bangsa Johor yang diperkenalkan dua tahun lalu, untuk diperluaskan ke negeri lain.

Ini bertujuan memastikan rakyat khususnya keluarga muda kurang berkemampuan memiliki rumah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendekatan yang dibuat di Johor dengan 30 peratus daripada jumlah sewaan dipulangkan kepada keluarga muda selepas tempoh sewaan berakhir selama lima tahun adalah langkah terbaik.

Menurut Zahid, setakat ini tiada kerajaan negeri lain memperkenalkan pendekatan itu walaupun Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menggunakan konsep ‘rent to own’ atau sewa beli.

“Bagi keluarga muda, mereka boleh menggunakan 30 peratus daripada jumlah sewaan yang juga simpanan untuk membeli rumah sekiranya tempoh sewaan rumah transit berakhir.

“Rumah ini dikategorikan kepada beberapa sektor terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan jadi, amat sesuailah ia diperluaskan kerana ketika ini kuasa beli keluarga muda masih berkurangan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis Merealisasikan Rumah Mampu Milik Kluang di Taman Kluang Perdana, pada Ahad.

Majlis berkenaan turut dihadiri, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menurut Zahid, pendekatan dilaksana Kerajaan Johor adalah terbaik dan wajar menjadi ikutan negeri lain.

Beliau malah yakin KPKT mengetahui perkara itu dan sekiranya ada cadangan dikemukakan dalam mesyuarat Kabinet, beliau antara individu yang akan menyokongnya.

“Pada masa sama, saya yakin soal menyantuni keperluan rumah untuk keluarga baru perlu dibuat untuk membantu mereka.

“Pendekatan yang baru ini boleh diaplikasikan di negeri lain terutama dalam kawasan bandar dan pinggir bandar,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zahid menyanggah dakwaan Kluang dipinggirkan berbanding daerah lain seperti mana dakwaan dibuat sesetengah pihak.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memberitahu, Kluang terdiri daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dan Dun Mengkibol sedang mengalami kepesatan pembangunan rancak ketika ini.

“Saya ingin menegaskan bahawa tiada ada satu pun daerah di Johor yang tertinggal kerana ada tuduhan mengatakan Johor tengah khususnya di Kluang terpinggir, kerana kononnya pembangunan tertumpu di Johor Bahru di selatan dan kawasan utara, Muar.

“Sedangkan kita melihat Kluang akan mempunyai akses apabila trek berkembar dan stesen baru Keretapi Tanah Melayu (KTM) siap sepenuhnya. Ini boleh menghubungkan penduduk di Kluang dengan daerah berhampiran sama ke utara, selatan atau Kuala Lumpur,” katanya.

Related Posts

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PUTRAJAYA – UMNO dan Pakatan Harapan (PH) sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat. Ia antara tiga persetujuan dan ketetapan dicapai hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

ALOR SETAR – Seorang mekanik yang ditahan susulan penemuan tiga pucuk pistol termasuk satu tiruan serta dua laras senapang angin di sebuah bengkel kenderaan di Baling, dekat sini pada Jumaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik