Konsep R&R Lestari di Seremban jamin keselesaan pengguna

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad merasmikan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (Arah Selatan) Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Seremban, yang juga R&R lestari pertama di negara ini.

Beliau berkata, pembangunan R&R lestari pertama ini adalah permulaan penting terhadap arah tuju negara dalam menyantuni rakyat dengan memberikan keutamaan kepada kemudahan yang boleh dimanfaatkan mereka.

“Saya sudah lalu di lebuh raya berpuluh tahun, belum pernah ada (R&R) seindah ini dengan konsep lestari sebegini rupa.

“Rakyat Seremban dan Negeri Sembilan memang bertuah, ia satu permulaan yang baik bagi peniaga dan rakyat.

“Saya percaya ini menandakan satu permulaan penting dalam arah tuju negara kita, membangun tetapi memikirkan masalah rakyat di bawah, ini juga satu-satunya surau terbaik di R&R, menggunakan pengudaraan semula jadi, solar, air dan sebagainya, saya ucap terima kasih.

“Kemudahan hebat ini hanya ada di Seremban… kalau kita tekad untuk melakukan sesuatu yang baharu, lestari, insya-Allah kita boleh tingkatkan negara kita ke tahap lebih baik,” katanya ketika berucap merasmikan R&R itu.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Perdana Menteri berkata, konsep lestari di situ boleh diperluaskan di kawasan R&R yang lain.

“Menariknya ialah kelestarian solar di atas, air hujan untuk kegunaan bilik air dan tandas.

“Jadi saya tekankan di sini bahawa R&R Seremban Arah Selatan harus jadi permulaan penting bagi semua lebuh raya di negara kita, ini adalah contohnya,” katanya.

Sementara itu, Nanta berkata, konsep R&R lestari berkenaan sangat dialu-alukan dan berharap ia dapat diperluaskan di tempat lain.

“Saya serahkan kepada syarikat konsesi lebuh raya memikirkan untuk buat kerjasama sebab ini semestinya beri keselesaan dan kepada rakyat,” katanya.

Related Posts

Hantaran ‘misteri’ PMX cetus spekulasi

DATUK Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian ramai apabila memuat naik poster misteri di laman Facebook miliknya, malam tadi. Menerusi hantaran itu, Perdana Menteri memberi bayangan mengenai penghargaan khas yang akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Himpunan Turun Anwar tiada hala tuju, cetus keresahan rakyat – AMK

IPOH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan perhimpunan ‘Selamatkan Malaysia: Turun Anwar’ yang dijadual berlangsung pada 26 Julai ini sebagai satu gerakan tidak berfokus, tiada hala tuju dan hanya mencetuskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM