Fahmi minta SKMM tak teruskan arahan halaan semula DNS

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta tidak meneruskan arahan mewajibkan semua penyedia perkhidmatan internet (ISP) di Malaysia melakukan penghalaan semula Sistem Nama Domain (DNS).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, sehubungan itu, SKMM perlu meneruskan sesi libat urus bersama semua pihak berkepentingan untuk memperoleh pandangan, cadangan dan saranan bagi memastikan objektif internet lebih selamat dapat dicapai.

Beliau berkata, isu jenayah dalam talian termasuk akses ke laman web perjudian, persundalan, pornografi amat membimbangkan dan memerlukan penyelesaian menyeluruh.

“Kerajaan tidak akan berkompromi dalam hal ini, demi menjamin keselamatan dalam talian buat rakyat Malaysia, khususnya kanak-kanak dan keluarga.

“Namun, mengambil kira pandangan disampaikan melalui siri libat urus SKMM serta khalayak umum, saya telah meminta SKMM tidak meneruskan pelaksanaan kaedah penghalaan pengurusan DNS,” katanya dalam kenyataan di platform X, hari ini.

Semalam, Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian SKMM, Datuk Dr Mohamed Sulaiman Sultan Suhaibuddeen berkata, arahan terhadap penyedia ISP untuk mengalihkan trafik DNS yang menggunakan pelayan pihak ketiga kembali ke pelayan DNS mereka sendiri tidak akan menjejaskan, mengganggu atau menyekat pengguna daripada melayari laman web yang sah.

Mohamed Sulaiman berkata, laman web yang terkesan dengan tindakan itu adalah laman web yang menyalahi undang-undang Malaysia, menyebabkan sekatan dikenakan supaya tidak dapat diakses rakyat Malaysia.

“Laman web yang tidak mempunyai kandungan berbahaya, tidak mempunyai sebarang isu, masih boleh diakses seperti biasa.

“Pelaksanaan arahan ini bertujuan melindungi pengguna daripada akses kepada laman web yang memiliki kandungan dalam talian berbahaya,” katanya.

Related Posts

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

KUCHING – Sistem pendidikan negara tidak seharusnya menjadi mangsa kepada perubahan dasar setiap kali berlaku pertukaran kepemimpinan di Kementerian Pendidikan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TVET, pendidikan digital jadi keutamaan – TPM

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik inisiatif yang diumumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek termasuk penghantaran 32 guru ke United Kingdom bagi menjalani latihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah