Konsep Malaysia MADANI sudah sebati dengan rakyat

KONSEP Malaysia MADANI kini semakin difahami dan diterima masyarakat pelbagai kaum di negara ini, sekali gus membuktikan gagasan yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sekadar slogan, tetapi satu nilai yang hidup dalam kalangan rakyat.

Aktivis politik media sosial, Muhammad Adib Aiman Badrul Shahar berkata, perkara itu dapat dilihat selepas dua tahun pelaksanaannya apabila istilah MADANI sendiri sudah menjadi sebahagian daripada kosa kata bahasa Melayu yang difahami oleh semua lapisan masyarakat.

“Perkataan MADANI itu sendiri sudah menjadi bahasa Melayu yang difahami oleh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau agama,” katanya ketika menjadi tetamu jemputan program podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Menurutnya, pemilihan istilah MADANI ini menunjukkan kebijaksanaan Perdana Menteri dalam menyeimbangkan nilai Islam, kemanusiaan dan keperibadian bangsa Melayu serta Bumiputera.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim bijak meletakkan MADANI di permulaan gagasan beliau. Ia memberi mesej bahawa beliau tetap mengutamakan orang Melayu dan Bumiputera.

“Dari apa yang beliau lakukan, jelas beliau mengangkat bangsa ini melalui nilai kemanusiaan yang sejagat,” katanya.

Muhammad Adib turut menegaskan bahawa penerimaan terhadap gagasan itu semakin positif apabila rakyat kini memahami bahawa Malaysia MADANI bukan sekadar jenama politik, sebaliknya satu nilai yang mencerminkan peradaban negara.

“Kalau kita tanya bangsa Cina, India, atau Melayu sekalipun, mereka tahu apa itu MADANI. Lagu-lagu Malaysia MADANI pun semakin banyak dimainkan. Ini membuktikan rakyat menerima dan memahami makna di sebalik gagasan tersebut,” ujarnya.

Beliau turut menambah bahawa Malaysia MADANI berbeza dengan konsep terdahulu seperti 1Malaysia atau Keluarga Malaysia kerana ia membawa nilai yang kekal dan tidak terikat dengan kepimpinan semasa.

“Malaysia MADANI bukan satu jenama. Ia satu nilai yang dibawa daripada akar budaya dan sejarah bangsa, dan akan terus relevan selagi rakyat berpegang pada semangatnya,” katanya.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16