Konflik Thailand-Kemboja: Ekonomi, pelancongan sempadan Malaysia-Thailand tenang

PADANG BESAR – Ketegangan konflik antara Thailand dan Kemboja sama sekali tidak menjejaskan aktiviti harian di sempadan Malaysia-Thailand di sini apabila urusan ekonomi dan pelancongan berjalan seperti biasa.

Suasana di dua laluan darat iaitu laluan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) dan Stesen Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjalan seperti biasa.

Seorang kakitangan agensi pelancongan Thailand, Sitee Faiziah Keeya berkata, bilangan pelancong dari Malaysia ke Thailand tidak terjejas sepenuhnya walaupun asa yang membatalkan perjalanan ke negara Gajah Putih itu.

“Trip kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Padang Besar, Perlis ke Hatyai di wilayah Songkhla penuh dengan pelancong dari Malaysia

“Kebanyakan pelancong tetap meneruskan percutian ke Hatyai kerana menganggap kawasan itu jauh dari lokasi konflik dan tidak terjejas,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press di sini hari ini.

Sitee menjelaskan, terdapat sebilangan kecil pelancong yang pertama membatalkan kali ingin bercuti di Hatyai membatalkan lawatan kerana bimbang konflik yang berlaku di perbatasan wilayah Surin tersebut.

“Kami turut dimaklumkan oleh rakan-rakan di kawasan tersebut bahawa hanya sempadan Thailand-Kemboja ditutup, manakala selatan Thailand langsung tidak terkesan dengan konflik tersebut.

Tinjauan di dua pintu masuk utama di Padang Besar turut mendapati aliran keluar masuk pelancong dan urusan dagang kekal aktif seperti hari biasa.

Seorang pekerja kedai warga Malaysia, Sulaiman Ahmad, 56, berkata, suasana perniagaan di Padang Besar masih meriah terutama menjelang hujung minggu.

“Konflik di sempadan Thailand-Kemboja langsung tidak memberi kesan kepada perniagaan kami di sempadan Malaysia-Thailand. Harap semuanya kekal aman demi ekonomi bersama,” katanya.

Related Posts

70 peratus bekalan air Gaza terjejas
  • SitiSiti
  • January 22, 2026

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan kira-kira 70 peratus pengeluaran air di Bandar Gaza terganggu, susulan halangan yang dikenakan Israel terhadap kerja pembaikan saluran bekalan air utama, termasuk sekatan kemasukan bahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kanada tekankan keutamaan Gaza dalam Board of Peace
  • SitiSiti
  • January 21, 2026

PERDANA Menteri Kanada, Mark Carney, pada Selasa menyatakan kesediaan Ottawa untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin, namun menegaskan sebarang penglibatan negaranya dalam inisiatif Board of Peace yang diterajui Presiden Amerika…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

  • By Ynom
  • January 22, 2026
SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

  • By Fandi
  • January 22, 2026
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

  • By Ithma
  • January 22, 2026
SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar

  • By Fatin
  • January 22, 2026
PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar