Himpunan Turun Anwar sekadar slogan kosong pembangkang, retorik tanpa hala tuju

PUTRAJAYA – Himpunan Turun Anwar yang dirancang pada Sabtu dilihat tidak lebih daripada letusan kemarahan politik pembangkang tanpa hala tuju jelas, sekaligus menimbulkan persoalan sama ada protes itu benar berpaksikan penyelesaian atau sekadar gimik jalanan.

Pensyarah UCSI University, Profesor Dr Mohd Tajuddin Mohd Rasdi berkata, laungan desakan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berundur hanyalah retorik kosong sekiranya tiada alternatif yang realistik dikemukakan pihak penganjur atau penyokong mereka.

Menurut beliau, realiti demokrasi berparlimen menjelaskan bahawa kejatuhan seorang Perdana Menteri bukan ditentukan oleh jeritan di jalanan, tetapi melalui perhitungan angka sokongan di Dewan Rakyat.

“Dalam sebuah demokrasi seperti yang seharusnya difahami peserta himpunan, Anwar hanya akan dipaksa berundur sekiranya Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan UMNO menarik sokongan mereka daripada Kerajaan Perpaduan.

“Jika itu berlaku, maka runtuhlah kerajaan sedia ada dan pilihan raya baharu mungkin perlu diadakan. Sebaliknya, jika GPS dan UMNO menyokong Perikatan Nasional, maka kita akan mendapat kerajaan baharu yang berfungsi,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Mohd Tajuddin berpandangan, keperluan untuk Perikatan Nasional (PN) mencalonkan pemimpin yang layak menjadi Perdana Menteri dalam Kerajaan MADANI selepas menyatakan hasrat himpunan terbabit berpaksikan menjatuhkan Anwar, bukan Kerajaan Persekutuan.

“Jika Anwar berundur, siapa pula anda mahu ganti tempat beliau? Penganjur tidak menuntut Kerajaan Perpaduan dijatuhkan. Namun, adakah terdapat pengganti yang jelas dalam kalangan Kerajaan Perpaduan? Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli, bukankah beliau baru sahaja meletakkan jawatan?

“Maka, besar kemungkinan beliau bukan calon yang sesuai. Nurul Izzah Anwar? Beliau bukan pun Ahli Parlimen. Kalau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kita masih ingat , 2018 beliau memilih Mahathir sebagai Perdana Menteri. Siapa lagi yang tinggal? Kita ada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Namun, adakah Ahli Parlimen Semenanjung akan menyokong pemimpin GPS  yang hanya mempunyai beberapa kerusi Parlimen untuk jawatan tertinggi negara? Saya rasa tidak. Jadi, hanya tinggal Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Kalau akhirnya Zahid juga yang naik, maka apa maknanya laungan Turun Anwar,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Tajuddin turut mempersoalkan keupayaan mana-mana tokoh daripada blok pembangkang memiliki kemampuan untuk menyelesaikan pelbagai isu besar negara seperti isu kematian mendiang Teoh Beng Hock, kehilangan Pastor Raymond Koh, tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak, atau konflik berterusan berhubung pelantikan kehakiman

Sehubungan itu, beliau dengan nada sinis mencadangkan agar penganjur himpunan tidak sekadar menyasarkan Anwar, sebaliknya turut menyeru rakyat menolak keseluruhan komponen kerajaan termasuk DAP, Amanah, PKR, UMNO dan GPS.

“Mungkin mereka boleh menjemput Rafizi dan bekas menteri, Khairy Jamaluddin untuk melumatkan PKR dan UMNO masing-masing, seseorang dari Sarawak untuk menyerang GPS, dan Ramasamy untuk menolak DAP. Hanya dengan cara itu, kita boleh menyingkirkan Anwar dan menamatkan karier politiknya buat selama-lamanya.

“Mengapa penganjur himpunan tidak terus menggerakkan tekanan kepada rumah-rumah Ahli Parlimen untuk mendesak supaya usul undi tidak percaya dibentangkan terhadap Anwar? Bukankah Anwar sendiri pernah berkata beliau bersedia berdepan undi percaya di Parlimen

“Kepada penganjur himpunan, tak perlulah menjerit slogan kosong yang tiada strategi politik. Kalau nak buat, buat betul-betul. Kalau tidak, duduk rumah dan teruskan rakaman podcast anda yang seterusnya,” katanya.

Related Posts

PKR Kedah mahu tawan semula kerusi Parlimen, DUN

ALOR SETAR – PKR Kedah menyasarkan usaha memenangkan kembali kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini menerusi perancangan gerak kerja strategik yang lebih tersusun dan berkesan. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemilihan UMNO selepas PRU16

KUALA LUMPUR – UMNO akan menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung tahun ini dan akan dilaksanakan selepas diadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

  • By Ynom
  • January 16, 2026
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA