Komuniti perlu cakna tindakan awal hadapi bencana

PASIR GUDANG – Tidak hanya meletakkan tanggungjawab kepada agensi keselamatan semata-mata saat menghadapi bencana, komuniti juga disaran untuk cakna dalam mengambil tindakan awal tatkala berdepan situasi itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin berkata, kejadian bencana alam yang kini kerap berlaku tanpa diduga memaksa untuk semua pihak mempunyai ilmu kesiapsiagaan saat berhadapan situasi itu.

Menurut beliau, kesiapsiagaan menghadapi bencana kini bukanlah satu pilihan, namun ia adalah keperluan.

“Zaman sekarang kita kena cakna dengan apa yang berlaku. Kita tak pasti tempat kita ini selamat atau tidak, ada orang tua serta orang sakit dan sebagainya.

“Di sinilah pentingnya untuk kita tahu langkah kesiapsiagaan yang perlu diambil sementara menunggu tindakan keselamatan. Kerana itulah peranan komuniti ini penting dan perlu tahu cara nak menghadapinya.

“Ambil iktibar seperti kes bencana di Sungai Kim Kim dahulu. Ketika itu ramai yang tak bersedia dengan langkah kesiapsiagaan. Maka, kerana itulah pentingnya untuk tahu kaedah tindakan keselamatan awal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Program MADANI Rakyat: Kesiapsiagaan Bencana Komuniti yang diadakan di Dewan Muafakat Jalan Suria, Bandar Seri Alam, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop dan Pegawai Daerah Johor Bahru, Mohd Masni Wakiman.

Tambah Aznan, lokasi negeri ini yang dilihat semakin berisiko dengan pelbagai bencana antaraya banjir kilat, pencemaran kimia di sungai, kebakaran industri, ribut serta kejadian tanah runtuh kini memaksa penglibatan semua pihak untuk bersiap siaga tanpa mengira latar belakang.

Terdahulu, hampir 2,000 pengunjung hadir memeriahkan Program MADANI Rakyat: Kesiapsiagaan Bencana Komuniti bagi siri kedua yang turut melibatkan kerjasama dengan Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU).

Program turut dimeriahkan dengan pelbagai acara antaranya pameran oleh agensi kerajaan, demonstrasi dan taklimat kesiapsiagaan bencana, pertandingan mewarna kanak-kanak, Jualan Rahmah dan pelbagai lagi.

Related Posts

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

PEMERGIAN Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin satu kehilangan besar buat negara. Perkara itu diluahkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang berkata, Allahyarham banyak menyumbang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

  • By Ynom
  • December 5, 2025
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

  • By Fatin
  • December 5, 2025
397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy