Lebih 60,000 kenderaan sehari dijangka guna LPT2 ketika cuti Aidiladha

KUANTAN – Lebuh raya Pantai Timur 2 Sdn Bhd (LPT2) menjangkakan peningkatan trafik hingga 60,000 kenderaan sehari sempena cuti perayaan Aidiladha, minggu depan.

LPT2 dalam kenyataan hari ini memaklumkan, jumlah peningkatan kenderaan dijangka berlaku pada hari puncak, iaitu 5 dan 6 Jun serta 8 dan 9 Jun.

“Sehubungan itu, pengguna LPT2 yang pulang ke kampung atau bercuti di Pantai Timur dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal,” kata kenyataan berkenaan.

LPT2 memaklumkan, pihaknya bersiap sedia menguruskan peningkatan trafik di lebuh raya terbabit melalui beberapa inisiatif.

Antaranya menyediakan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA menerusi aplikasi PLUS untuk membantu pengguna lebuh raya merancang perjalanan mereka.

“Inisiatif berkenaan untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan kenderaan tertumpu di satu-satu lokasi di lebuh raya secara serentak.

“Untuk mendapatkan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA, pengguna boleh memuat turun dan mengakses aplikasi PLUS bagi memilih waktu perjalanan paling optimum (untuk perjalanan di LPT2) antara 5 hingga 10 Jun,” kata kenyataan itu lagi.

Bagi mengelakkan gangguan terhadap pergerakan trafik di laluan utama lebuh raya, tiada penutupan lorong untuk kerja penyelenggaraan di LPT2 pada 5 hingga 9 Jun – kecuali kerja kecemasan – selain pengalihan kemalangan dan pembaikan kritikal.

LPT2 Sdn Bhd turut mengambil beberapa langkah lain, antaranya menyediakan lebih 300 petugas dalam ekosistem LPT2, terutama di plaza tol dan pusat pemantauan trafik.

“LPT2 turut menyediakan lebih 160 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk membantu melancarkan pengurusan trafik di hentian rehat dan rawat, hentian sebelah dan plaza tol terpilih untuk keselesaan pengguna,” katanya.

Pengguna lebuh raya boleh mendapatkan maklumat trafik terkini di LPT2 menerusi X@lpt2trafik, LPT2Line 1800-88-0220, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih atau menerusi saluran stesen radio utama negara.

Related Posts

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

PUTRAJAYA – Pulau Tioman bakal kembali bersinar sebagai destinasi pelancongan utama dunia selepas kerajaan bersetuju menyegerakan projek baik pulih infrastruktur yang kini berada dalam keadaan kritikal. Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

TAWAU – Dalam dunia kulinari yang semakin moden, tiga sepupu memilih untuk kembali kepada akar tradisi dengan mengekalkan sentuhan Bibiq (nenek) dalam setiap hidangan masakan daging rusa atau payau. Usaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap