Dua kapal asing ceroboh perairan Miri dicekup

MIRI – Cubaan dua kapal nelayan asing Indonesia dan Vietnam menceroboh perairan negara bagi menjalankan aktiviti menangkap ikan secara haram berjaya digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri, semalam.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, kedua-dua kapal itu dikesan berada kira-kira 38 batu nautika barat laut Kuala Suai dan 31 batu nautika barat laut Kuala Niah.

“Tangkapan dilakukan menerusi pelaksanaan Operasi PERMAI 01/2019, Operasi NAGA dan Operasi TIRIS 3.0,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, kapal asing Indonesia ditahan sekitar jam 12 tengah hari, manakala kapal dari Vietnam dikesan dan dicekup sekitar jam 5.45 petang selepas menerima maklumat awam.

Insiden lebih tegang berlaku ketika penahanan kapal Vietnam apabila kru kapal bertindak agresif dengan melakukan manuver merbahaya serta membaling objek tajam ke arah bot ronda Maritim Malaysia ketika laut bergelora.

“Tindakan itu bukan sahaja menyukarkan operasi, malah mengancam keselamatan nyawa anggota pasukan,” jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, tindakan pantas dan profesional anggota Maritim berjaya menenangkan keadaan tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

Kesemua lapan kru termasuk dua tekong – lima warga Indonesia dan tiga warga Vietnam berusia 25 hingga 53 tahun – ditahan dan kini ditempatkan di Pusat Tahanan Vesel (PTV) Pulau Melayu untuk siasatan lanjut.

Kedua-dua kapal turut dirampas bersama pelbagai peralatan menangkap ikan dan sistem navigasi, dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM3.3 juta.

Operasi membawa masuk kapal ke Kompleks Zon Maritim Miri mengambil masa lebih 18 jam akibat faktor cuaca dan jarak lokasi tangkapan dari pangkalan.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM6 juta terhadap tekong dan RM600,000 terhadap setiap kru kerana menceroboh serta menangkap ikan tanpa kebenaran di perairan Malaysia. 

Related Posts

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

PUTRAJAYA – Pulau Tioman bakal kembali bersinar sebagai destinasi pelancongan utama dunia selepas kerajaan bersetuju menyegerakan projek baik pulih infrastruktur yang kini berada dalam keadaan kritikal. Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

TAWAU – Dalam dunia kulinari yang semakin moden, tiga sepupu memilih untuk kembali kepada akar tradisi dengan mengekalkan sentuhan Bibiq (nenek) dalam setiap hidangan masakan daging rusa atau payau. Usaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap