Komuniti main peranan perkasa perpaduan

KOTA BELUD – Setiap lapisan komuniti memainkan peranan penting dalam memperkasakan perpaduan.

Demikian kata Penyelaras PKR Dewan Undangan Negeri Pintasan Kota Belud, Milus Alu@Abd. Wahad semasa semasa berucap mewakili Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts Mustapha Sakmud merasmikan Program Komuniti Madani Jiwa Merdeka di sini pada Sabtu.

Beliau berkata menjadi aspirasi kerajaan untuk menjadikan komuniti lebih dinamik dengan program patriotik bagi meningkatkan semangat jiwa merdeka bertepatan dengan slogan kemerdekaan tahun ini.

Katanya lagi isu-isu berlegar seperti 3R, harga minyak dan isu Palestin dijadikan modal tohmahan kepada kerajaan.

“Justeru, menjadi tanggungjawab agensi kerajaan terutama daripada Jabatan Penerangan (JaPen) dan Jabatan Komunikasi Komuniti untuk menerangkan dan memperjelaskan isu,” katanya.

Lebih 100 penduduk bawah Komuniti Madani Kampung (Kg) Tamau memeriahkan program anjuran JaPen Kota Belud itu.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Kota Belud Rosenaniwati Rasidi merakamkan penghargaan atas kerjasama secara langsung dan tidak langsung kepada yang terlibat dalam menjayakan program ini.

“Melalui program ini dapat menerangkan kepada masyarakat tentang pembentukan Malaysia serta beberapa isu terkini berkait Palestin bagi memberi kefahaman polisi kerajaan,” ujarnya.

Tambahnya pengisian aktiviti seperti tayangan montaj kemerdekaan dan pertandingan karaoke bintang merdeka diharapkan dapat menarik perhatian warga komuniti untuk memahami perjuangan kemerdekaan negara.

Related Posts

Ketua penjenayah ditembak mati, konco kini buruan polis

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang telah mengenal pasti ahli sindiket yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penjenayah bersenjata yang ditembak mati di Jalan Lintang Bukit Jambul, semalam. Menurut Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

BUTTERWORTH – Sebuah restoran nasi kandar di kawasan Seberang Perai Utara telah diarahkan tutup serta-merta selepas didapati terlalu kotor dan melanggar beberapa peraturan lain dalam Ops Bersepadu yang dijalankan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketua penjenayah ditembak mati, konco kini buruan polis

Ketua penjenayah ditembak mati, konco kini buruan polis

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat