Dua individu didakwa edar dadah lebih 9 kilogram di Sibu

SIBU – Sepasang lelaki dan wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sibu atas pertuduhan mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine, ketamin dan nimetazepam seberat lebih 9 kilogram dalam dua serbuan berasingan di Sibu pada 12 Jun lalu.

Lelaki berusia 52 tahun itu didakwa atas pertuduhan pertama kerana mengedar 1,030.8 gram methamphetamine kira-kira jam 10 malam di kaki lima sebuah premis makan di Jalan Pedada.

Bagi pertuduhan kedua hingga keempat, kedua-dua mereka didakwa bersama-sama mengedar 6,055.9 gram methamphetamine serta memiliki 2,078.9 gram ketamin dan 2,022.15 gram nimetazepam di dalam sebuah bilik stor bawah tangga di rumah di Permai Jaya, kira-kira jam 10.45 malam hari yang sama.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a), Seksyen 12(2) dan Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952, serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 12 sebatan bagi kesalahan mengedar, manakala kesalahan memiliki ketamin dan nimetazepam pula boleh membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, manakala kedua-dua tertuduh diwakili seorang peguam.

Tiada pengakuan direkodkan dan Majistret memerintahkan kedua-duanya ditahan reman di Penjara Sibu sehingga 22 Ogos depan sementara menunggu laporan dari Jabatan Kimia Malaysia.

Sementara itu, pihak polis melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak turut menyita aset bernilai RM12.8 juta dalam tempoh 12 hingga 30 Jun bagi siasatan lanjut di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

Antara harta disita ialah wang tunai RM5.75 juta, 57 akaun bank bernilai RM1.5 juta, 25 barangan kemas, sembilan jongkong emas, tiga jam tangan mewah, tiga kenderaan dan enam beg tangan berjenama.

Related Posts

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

IPOH – Tiga lelaki ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika disyaki cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan tanah lapang berhampiran tiang elektrik di Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan