Blok rumah Madani wajib untuk golongan B40, M40 di ibu negara

KUALA LUMPUR – Setiap projek pembangunan perumahan baharu di ibu negara diarahkan menyediakan blok rumah Madani untuk golongan B40 dan M40.

Arahan itu diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan ia juga akan menjadi sebahagian syarat bagi kelulusan permohonan untuk pembangunan.

Anwar berkata, arahan itu susulan permintaan untuk membeli kediaman di sekitar ibu kota adalah sangat tinggi sehingga mencecah puluhan ribu permohonan.

“Setiap perumahan baharu, saya arahkan Jabatan Wilayah Persekutuan dan DBKL jika ada tanah, kita beri kelulusan dan boleh bagi kelonggaran dan mempercepatkannya.

“Tetapi syaratnya mesti ada satu atau dua blok rumah Madani untuk rakyat memanfaatkannya,” katanya ketika berucap peluncuran Perumahan Penjawat Awam Malaysia Madani (PPAM Madani) di Piksel City Central, di sini, hari ini.

Dalam majlis berkenaan, Perdana Menteri turut menyempurnakan penyerahan surat tawaran dan kunci rumah kepada 10 orang pembeli PPAM.

Seramai 843 penjawat awam daripada pelbagai skim dan gred perkhidmatan ditawarkan untuk memiliki unit perumahan di Piksel City Sentral, Nikka City Sentral dan Amansuri.

Program PPAM Madani adalah program perumahan mampu milik khas untuk penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah yang berkualiti di lokasi yang strategik khususnya di bandar bandar utama dengan harga yang lebih rendah dari pasaran.

Pembangunan projek PPAM Madani dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara kerajaan dengan pemaju perumahan swasta di atas tanah persendirian atau tanah milik Kerajaan Persekutuan iaitu Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12), kerajaan menyasarkan penyediaan 500,000 unit rumah mampu milik, termasuk penyediaan 28,000 perumahan khusus untuk penjawat awam.

Related Posts

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

KOTA KINABALU – Pindaan kepada Akta Sewa Beli 1967 akan mula dikuatkuasakan pada 1 Jun ini bagi memastikan transaksi sewa beli di negara ini lebih telus dan adil kepada pengguna,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

KETIKA ekonomi dunia bergelut dengan ketidaktentuan geopolitik dan tekanan inflasi global, Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan tanda pemulihan yang semakin kukuh. Data terkini menunjukkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat