Kombinasi pemimpin lama, muda kunci PKR terus relevan

KOTA KINABALU – Kombinasi pengalaman pemimpin lama dengan idea segar pemimpin muda adalah kunci utama dalam memastikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kekal relevan dan mampu memacu masa depan negara yang lebih baik.

Menurut Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, PKR telah membuktikan bahawa parti itu adalah platform terbaik untuk melahirkan pemimpin muda.

“Misalnya Timbalan Presiden, Rafizi Ramli berusia 47 tahun, saya sendiri 42 tahun, Naib Presiden Datuk Seri Amirudin Shari dan Nurul Izzah masing-masing 44 tahun serta Ketua Penerangan Fahmi Fadzil, 43 tahun membuktikan bahawa parti ini memberi peluang kepada generasi baharu sebagai pemimpin baharu untuk menyerlah.

“Justeru, saya menyeru agar PKR terus membuka ruang kepada kepimpinan baharu untuk ditonjolkan sebagai ‘Future Leader’,” katanya ketika berucap dalam makan malam Malaysia Madani Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah di sebuah hotel di Kota Kinabalu, pada Khamis.

Tegas Nik Nazmi, PKR yang merupakan parti nasional itu merupakan satu-satunya parti yang berasaskan kepelbagaian kaum dan latar belakang.

“Dalam perlembagaan parti, kita jelas memberikan kedudukan istimewa kepada Sabah dan Sarawak, sebagai contoh jika tiada Naib Presiden yang dipilih dari Sabah atau Sarawak, Presiden wajib melantik wakil dari kedua-dua negeri ini,” katanya.

Beliau turut menyentuh pencapaian kerajaan dalam melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan usaha mengurangkan kemiskinan, khususnya di Sabah.

“Tiada mana-mana kerajaan sebelum ini yang melakukan sebanyak ini dalam tempoh yang singkat untuk MA63 selain kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita melaksanakan ini bukan atas desakan atau paksaan, tetapi kerana Persekutuan Malaysia diasaskan dengan semangat kebersamaan Sabah dan Sarawak, yang mempunyai kedudukan istimewa dalam pembentukan negara ini,” katanya.

Mengenai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) akan datang, PKR akan menitikberatkan kestabilan politik, memperkukuh jentera parti dan melahirkan barisan kepimpinan terbaik.

“Komitmen yang saya akan tunjukkan adalah untuk terus turun padang ke Sabah dan memastikan PKR menjadi parti utama yang membawa perubahan untuk rakyat Sabah,” ujarnya.

Nik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata, keunikan budaya Sabah dan keharmonian rakyatnya perlu menjadi contoh perpaduan di negara ini.

“Sabah adalah negeri yang luar biasa, di mana kepelbagaian kaum, agama dan kecantikan budaya hidup harmoni.

“Ini adalah keindahan Sabah yang sering mengagumkan saya sejak kali pertama saya menjejakkan kaki ke sini,” tambahnya.

Majlis makan malam turut dihadiri Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah Merangkap Pembantu Menteri II Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk Peto Galim; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Christina Liew, ahli-ahli MPN dan Ketua-Ketua Cabang.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti